Kembara ke Pulau Mabul ini bermula apabila seorang kawan Master mengajak Master untuk mengikuti rombongan mereka.

Seksyen: Terbang ke Lapangan Terbang Tawau | Bergerak ke Semporna dari Tawau | Tiba di Semporna

Master kemudiannya memaklumkannya kepada Mummy, dan Mummy memaklumkannya kepada Mak Ngah Umie yang kemudiannya memaklumkannya kepada kawan-kawan beliau. Hasilnya kami membentuk satu rombongan yang memerlukan 2 buah van untuk melancong ke Pulau Mabul di Sabah.

Tak banyak gambar yang Tedi pernah kongsikan dalam interpretZZ tentang aktiviti kami di Mabul, salah satu gambar yang interpretZZ kongsikan adalah melalui kiriman bertajuk "Biarkan dia dengan besinnya", iaitu gambar anak Bajau Laut di sana.

Terbang ke Lapangan Terbang Tawau

Memandangkan kami dari Semenanjung Malaysia tentulah kena terbang atau naik kapal untuk ke Sabah yang terletak di Kepulauan Borneo. Malangnya setakat ini gambar terawal Tedi temui adalah ketika kami dalam kapal terbang merentasi lautan biru saujana luas mata memandang untuk ke Lapangan Terbang Tawau. Tedi tak pasti kenapa hanya gambar ini yang ada?

Kami tiba di Lapangan Terbang Tawau dengan perasaan agak terkejut apabila melihat ramai askar di luar Lapangan Terbang Tawau. Askar Angkatan Tentera Malaysia namun penampilan mereka agak ganas kerana mereka bermisai dan berjambang. Ketika itu memang ramai askar di Sabah untuk membanteras aktiviti lanun Philiphina yang menculik para pelancong dan menggugat ketenteraman awam.

Orang kata tentera Malaysia yang dibenarkan berjambang cuma daripada Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), dan juga ahli komando.

gambar sayap kapal terbang ketika dalam penerbangan ke Lapangan Terbang Tawau
Pulau Mabul hari 1
Gambar yang dirakam ketika dalam penerbangan ke Tawau, Sabah, Malaysia. Kapal terbang dari Semenanjung Malaysia perlu melintasi Laut Cina Selatan untuk ke kepulauan Borneo itu. Tiada penerbangan ke Semporna secara terus kerana di Semporna tiada lapangan terbang, maka kita terbang ke lapangan terbang terdekat iaitu Lapangan Terbang Tawau.
# Gambar: sayap kapal terbang mungkin AirAsia, lautan biru, langit, awan
# 11 April 2014 jam 08:04 pagi hari Jumaat
# 20140411-mabul (2).JPG 20140411 201404
# Kamera digital DSLR Canon EOS 500D
# Tawau, Sabah, Malaysia

Bergerak ke Semporna dari Tawau

Setelah semua bala tentera tiba menaiki kapal terbang masing-masing, kami mula bergerak ke Semporna menaiki 2 buah van. Gambar terawal menunjukkan kami meninggalkan Lapangan Terbang Tawau sekitar jam 10:30 pagi.

gambar di sekitar Lapangan Terbang Tawau ketika kami mula bergerak ke Semporna
Pulau Mabul hari 1
Memulakan perjalanan ke Semporna dari Lapangan Terbang Tawau dengan menaiki 2 buah van.
# 11 April 2014 jam 10:29 pagi hari Jumaat
# 20140411-mabul (4).JPG 20140411 201404
# Kamera digital DSLR Canon EOS 500D
# Tawau, Sabah, Malaysia
pokok pisang, pokok kelapa, tiang elektrik, pondok, tong ikan, awan, langit, cuaca cerah. Dalam perjalanan dari Tawau ke Semporna
Pulau Mabul hari 1
Gambar pemandangan di tepi jalan dalam perjalanan menaiki dua buah van ke Semporna.
# Gambar: pokok pisang, pokok kelapa, tiang elektrik, pondok, tong ikan, awan, langit, cuaca cerah.
# 11 April 2014 jam 10:37 pagi hari Jumaat
# 20140411-mabul (8).JPG 20140411 201404
# Canon EOS 500D
# Tawau, Sabah, Malaysia

Perjalanan dari Tawau ke Semporna melalui jalan negeri yang agak lurus membolehkan pemandu van kami memecut agak mengecutkan perut, ditambah dengan kurangnya kenderaan di atas jalanraya. Kami singgah di sebuah kedai runcit bernama Kedai Sri Bersatu untuk membeli air dan apa-apa yang boleh dikunyah dalam perjalanan. Kajian Tedi menunjukkan lokasi ini ialah di Sungai Balung berhampiran Restoran Sedap Corner.

Gambar kedai runcit Kedai Sri Bersatu di Sungai Balung yang kami singgahi ketika dalam perjalanan dari Tawau ke Semporna.
Pulau Mabul hari 1
Singgah di sebuah kedai runcit bernama Kedai Sri Bersatu ketika dalam perjalanan menaiki 2 buah van dari Lapangan Terbang Tawau ke Semporna.
# Gambar: Kedai runcit Kedai Sri Bersatu, tong gas, NutriSoy, Tritonic
# 11 April 2014 jam 10:41 pagi hari Jumaat
# 20140411-mabul (14) 20140411 201404
# Kamera digital DSLR Canon EOS 500D
# Sungai Balung, Tawau, Sabah, Malaysia. Lokasi terhampir: Restoran Sedap Corner Sungai Balung  

<kembali ke atas>

Tiba di Semporna

Bangunan pertama yang memberitahu Tedi bahawa kami sudah tiba di Semporna di Sabah di Malaysia ialah pejabat Majlis Daerah Semporna. Tedi hanya sempat snap begitu sahaja kerana van kami bergerak pantas. Mungkin ada bangunan atau mercu tanda Semporna yang lain sebelum itu tetapi bangunan inilah yang pertama Tedi sempat snap.

Kami tiba di sini sekitar jam 11:45 pagi manakala gambar di Tawau Airport tadi sekitar jam 10:30 pagi maka masa perjalanan dari Lapangan Terbang Tawau ke Semporna boleh dikatakan sekitar 1 jam 15 minit itu pun kerana kami berhanti di Sungai Balung tadi. Kelajuan kenderaan kami tidak Tedi ketahui tapi nanti jika Tedi dapat jarak di antara Tawau Airport dan pejabat Majlis Daerah Semporna ni, Tedi boleh kira anggaran kelajuan van yang kami sewa. 

Tedi akhiri kiriman ini dengan gambar ini, mungkin akan disambung dalam album yang lain pula.

Gambar pejabat Majlis Daerah Semporna mercu tanda ketibaan ke Semporna.
Pulau Mabul hari 1
Gambar pejabat Majlis Daerah Semporna adalah bangunan pertama Tedi perasan yang menunjukkan kami sudah tiba di Semporna.
# 11 April 2014 jam 11:45 pagi hari Jumaat
# 20140411-mabul (16).JPG 20140411 201404
# Kamera digital DSLR Canon EOS 500D
# Majlis Daerah Semporna, Semporna, Sabah, Malaysia
 

<kembali ke atas>