Ini adalah koleksi gambar lama Masjidil Haram yang Tedi terima melalui email. Saja Tedi masukkan dalam interpretZZ ni semoga dapat Tedi tengok kembali pada masa akan datang.
Masjidil Haram adalah masjid di Makkah yang di dalamnya terdapat Kaabah yang menjadi kiblat buat umat Islam. Ia adalah salah sebuah daripada 3 masjid teragung umat Islam selain Masjid Nabawi di Madinah dan Masjid al-Aqsa.
Gambar Kaabah lama versi hitam putih diselubungi dengan kelambu Kaabah berwarna hitam.
Tedi tertanya-tanya bangunan apakah yang berhampiran dengan Kaabah tersebut? Pada zaman sekarang sudah tidak kelihatan bangunan itu. Bagus juga kerana ia mencemari penampilan Kaabah.
Gambar orang sedang bersolat di sekeliling Kaabah. Kelihatan bangunan-bangunan di kawasan bukit-bukau di sekitar Masjidil Haram.
Gambar ini seperti kawasan Masjidil Haram dilanda banjir. Mungkin sukar bagi kita untuk menggambarkan bagaimana Makkah dan Kaabah boleh banjir sedangkan ia berada di kawasan padang pasir? Nampak gaya kita kena ada di sana untuk memahami keadaan sebenar.
Gambar ini tampak menenangkan kerana Kaabah adalah bangunan yang menjadi tumpuan atau mercu tanda. Berbeza pada masa kini (tahun 2019 ketika kiriman ini disediakan), banyak bangunan hotel yang dibina tinggi-tinggi dan lebih megah berbanding Kaabah. Nasib baik mereka tidak berlebihan dalam menghias Kaabah. Nampaknya Kaabah dipelihara Allah sesuai dengan tujuannya. Hal ini membuatkan Tedi tertanya-tanya, apakah tujuan Allah Subhanahu Wa Taa'la memerintahkan Nabi Ibrahim alaihissalam dan Nabi Ismail alaihissalam membina Kaabah?
Gambar Masjidil Haram dari udara
Gambar Masjidil Haram pada waktu malam disinari cahaya
2 Ulasan
menarik.. sejarah ni..
BalasPadambetul, Tedi terbaca dan terus masukkan di sini supaya dapat dilihat kembali pada masa akan datang.
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.