بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
Hari ini adalah hari temujanji pertama Master bersama pakar oftamologi di Hospital Putrajaya. Harapnya adalah untuk yang terakhir.
Kebetulan temujanji Master pada hari ini serentak dengan temujanji Mummy, cuma temujanji Master pada waktu pagi, manakala temujanji Mummy adalah pada waktu petang.
Master bertolak dahulu ke Hospital Putrajaya dan sampai di tempat letak kereta pada jam 8:20 pagi lebih kurang.
# 28 Mac 2019 08:22 pagi Khamis # IMG_20190328_082222 20190328 201903 # Xiaomi Redmi Note 5A # Hospital Putrajaya # Jalan P9, Presint 7, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
# 28 Mac 2019 jam 08:26 pagi Khamis # IMG_20190328_082622 # Xiaomi Redmi Note 5A # Putrajaya Hospital
# 28 Mac 2019 jam 08:37 pagi hari Khamis # IMG_20190328_083714 # Hospital Putrajaya
83 orang tu bukanlah jumlah yang sedikit. Akhirnya Master dipanggil ke kaunter pendaftaran dan selesai mendaftar pada jam 09:53 pagi lebih kurang, bermaksud Master terpaksa menunggu selama 1 jam 24 minit untuk mendaftar. Semasa pendaftaran Master dikehendaki serahkan nombor giliran dan buku temujanji.
Bayaran RM 5 akan dikenakan untuk pendaftaran tersebut. Selesai mendaftar Master ditunjukkan untuk ke klinik mana. Master ke klinik oftamologi dan letakkan buku temujanji dalam satu bakul di sana, sebelum menanti nama dipanggil untuk pemeriksaan awal.
~20190328~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
2 Ulasan
kira cepat la 83 giliran hanya menunggu sejam setengah.. hehe
BalasPadamjenuh jugalah menunggu.. hihi
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.