Terkejut Tedi mendengar masalah terbaru yang melibatkan Subaru XV di Malaysia ini.

Pada mulanya kedengaran masalah itu tidaklah sebesar mana kerana ia cuma masalah suis lampu brek. Tetapi ia juga akan mengganggu bahagian-bahagian dan fungsi lain Subaru XV.

Ini yang leceh kalau guna kereta canggih ni, tahap kesulitan yang bakal ditempuhi untuk sesuatu kerosakan semakin meningkat.

Kereta Subaru XV kami terlibat kerana ia keluaran tahun 2015. Mungkin tunggu sahajalah dulu dipanggil Motor Image.


Subaru Corporation (Subaru) telah mengumumkan penarikan balik kenderaan keluarannya yang melibatkan model Forester tahun pengeluaran 2014-2016WRX (4-Pintu) tahun pengeluaran 2011-2014Imprezatahun pengeluaran 2008-2016 dan Subaru XV tahun pengeluaran 2012-2017 berikutan isu suis lampu brek.

Subaru menasihatkan, gas silikon daripada produk pengguna tertentu boleh meresap melalui sarung suis lampu brek. Akibatnya, fungsi yang berkaitan dengan suis lampu brek (Lampu Brek, Penyambung Transmisi, Penyambung Pencucuhan, Kawalan Dinamik Kenderaan dan EyeSight) akan terhenti.

Sekiranya kerosakan berlaku, lampu brek tidak akan menyala dan boleh menyebabkan pengguna jalan lain tidak menyedari niat pemandu untuk menghentikan kenderaan tersebut. Ini boleh meningkatkan risiko perlanggaran tidak sengaja.

Pelanggan Motor Image di seluruh rantau ini, termasuk di Hong Kong, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam akan dimaklumkan tentang penarikan balik ini. Motor Image akan bekerjasama rapat dengan pelanggan yang terjejas bagi menggantikan suis lampu brek dan bahagian yang berkaitan secara percuma.

Motor Image juga komited dengan standard keselamatan tertinggi dan pengalaman memandu berkualiti untuk semua pelanggannya dan sentiasa berhubung dengan Subaru Corporation untuk sebarang perkembangan terkini dan akan memberitahu pelanggan yang terlibat dengan sewajarnya.