بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Seperti kiriman Tedi bertajuk "Bergerak ke Semporna Sabah" yang lalu Tedi ada catatkan bahawa kami tiba di Semporna pada jam 11:45 pagi setelah 1 jam 15 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Tawau.

Karangan ini akan fokus kepada gambar-gambar di Semporna ketika kami menanti menaiki bot ke Pulau Mabul, seperti:

  1. Gerbang Laluan ke Taman Marin Tun Sakarang
  2. Berehat sebentar di Pejabat Ejen Pelancongan
  3. Jalan kaki cari makan di Pekan Semporna
  4. Berjalan Kaki ke Jeti
  5. Menunggu bot ke Pulau Mabul di Jeti Awam Semporna

Gerbang Laluan ke Taman Marin Tun Sakarang

Gambar pintu Gerbang Laluan ke Taman Marin Tun Sakarang di Pekan Semporna di Semporna di Sabah di Malaysia, kereta Perodua Kancil, van persiaran
Pulau Mabul hari 1
Gerbang laluan ke Taman Marin Tun Sakaran (Gateway to Tun Sakaran Marin Park)
# Gambar: kereta Perodua Kancil, van persiaran
# 11 April 2014 jam 11:49 pagi hari Jumaat
# 20140411-mabul (20) 20140411 201404
# Pekan Semporna, 91308 Semporna, Sabah, Malaysia.

Berehat sebentar di Pejabat Ejen Pelancongan

Kami dibawa ke pejabat ejen pelancongan untuk meletakkan barang, berehat dalam bangunan berpendingin hawa, dan mengumpul maklumat terkini perjalanan yang bakal kami tempuhi. Tedi lupa nak rakam gambar pejabat pelancongan itu, apa yang ada ialah gambar papan putih dengan senarai nombor telefon yang boleh dihubungi semasa berada di Pulau Mabul nanti.

Pulau Mabul hari 1
Ke pejabat agensi pelancongan yang menguruskan percutian kami.
# Gambar: harga sewa penempatan di Pulau Mabul RM 70 seorang, harga tambang bot ke Pulau Mabul RM 100, senarai nombor telefon penginapan, hotel, scuba, bekalan air, boatmen di Pulau Mabul
# Teks: Accommodation = RM 70 pp, boat transfer = RM 100 (return boat min 4 pax). Hotline call: Arung Hangat, Billabong, Sipadan.com, Borneo Speedy, Big John, Uncle Chang, Global, Scuba Junkie, Sea Feast Hotel, Sea Fest Cafe,  Sipadan Inn, Mabul Inn, City, Inn, Bekalan Air, Boatmen, Scuba Jeff Mabul, ScubaJeff Office.

# 11 April 2014 jam 12:10 tengahari hari Jumaat 12:10
# 20140411-mabul (23).JPG 20140411 201404111210
# Kamera DSLR digital Canon EOS 500D
# Pekan Semporna, 91308 Semporna, Sabah, Malaysia.

Jalan kaki cari makan di Pekan Semporna

Lambat lagi kami akan menaiki bot dari Pekan Semporna untuk ke Pulau Mabul iaitu pada waktu petang selepas ahli kembara kami yang muslimin selesai menunaikan solat Jumaat di masjid di Pekan Semporna. Maka aktiviti kami sebelum solat Jumaat ialah berjalan-jalan dan makan tengahari.

Pekan Semporna terletak di tepi laut maka kami dapat lihat laut di sekitar kami, terdapat banyak juga kedai menjual hasil laut, dan pada hari itu ada pasar, tidak pasti jika pasar ini setiap hari atau pada Jumaat sahaja, atau pada hujung minggu.

Secara umumnya Pekan Semporna memang seronok dilawati kecuali terdapat pemandangan yang tidak menyeronokkan apabila kita nampak banyak sampah-sarap dalam air laut tersadai di tepi-tepi tebing.

Pulau Mabul hari 1
Cengkerang siput dan kerang laut berwarna-warni yang dijual oleh para peniaga di Pekan Semporna di Sabah di Malaysia.
# 11 April 2014 jam 12:23 tengahari hari Jumaat
# 20140411-mabul (36).JPG 20140411 201404
# Kamera DSLR Canon EOS 500D
# Pekan Semporna, Semporna, Sabah, Malaysia.
gambar pisang goreng cheese di Pekan Semporna di Sabah di Malaysia.
Pulau Mabul hari 1
Makan dulu setelah tiba di Pekan Semporna di Sabah di Malaysia sebelum menaiki bot ke Pulau Mabul. Ini adalah pisang goreng cheese pertama Tedi kenali di Malaysia.
# Gambar: pisang goreng keju
# 11 April 2014 jam 13:13 petang hari Jumaat
# 20140411-mabul (46) 20140411 201404
# Kamera DSLR digital Canon EOS 500D
# Pekan Semporna, 91308 Semporna, Sabah, Malaysia.

Berjalan Kaki ke Jeti

Gambar pemandangan di sekitar Pekan Semporna di Sabah di Malaysia dengan deretan hotel. Kereta Perodua Myvi dan Proton SAGA BLM.
Pulau Mabul hari 1
Gambar di sekitar Pekan Semporna
# Teks: La'Vie Beauty Shop, Cintaku, D'citra, Sumaidah Enterprise (marine product supplies & hardware), Vui Lin Trading, Holiday Dive Inn. 4x4. SS 437 N.
# 11 April 2014 jam 13:57 petang hari Jumaat.
# 20140411-mabul (56).JPG
# Kamera DSLR digital Canon EOS 500D
# Semporna, Sabah, Malaysia
Gambar sumandak gadis Semporna Sabar berbaju hitam berkain merah. Pemandangan di Pekan Semporna di sabah di Malaysia
Pulau Mabul hari 1
Pemandangan di sekitar Pekan Semporna. Singgah di pekan ini untuk menaiki bot ke Pulau Mabul.
# Teks: Watsons, Sipadan Inn, Mabul Cafe Steak House, Sipadan Fashion.
# Gambar: Proton Arena, lori pick-up, deretan kedai di Semporna.
# 11 April 2014 jam 13:57 petang hari Jumaat.
# 20140411-mabul (55).JPG
# Kamera DSLR digital Canon EOS 500D
# Pekan Semporna, 91308 Semporna, Sabah, Malaysia.
 Safina, Malaysian Seafood, Restoran al-Nafisah, Penginapan Nafisah di Pekan Semporna di Sabah di Malaysia
Pulau Mabul hari 1
Gambar di sekitar Pekan Semporna ketika sedang berjalan kaki menuju ke jeti.
# Teks: Safina, Malaysian Seafood, Restoran al-Nafisah, Penginapan Nafisah.
# Gambar: Kereta Proton Exora QSS 6849, air-con, pili bomba.
# 11 April 2014 jam 13:57 petang hari Jumaat.
# 20140411-mabul (57).JPG
# Kamera DSLR digital Canon EOS 500D
# Pekan Semporna, 91308 Semporna, Sabah, Malaysia.

Menunggu bot ke Pulau Mabul di Jeti Awam Semporna

Setelah berjalan beberapa minit akhirnya kami tiba di Public Jetty Semporna. Bangunannya kecil sahaja tetapi ramai orang menanti giliran untuk menaiki bot. Selain orang menaiki bot aktivit pemunggahan barang-barang juga giat dilakukan, mungkin bekalan yang perlu dihantar ke pulau-pulau berhampiran.

interpretZZ tak pasti jika bot di jeti ini hanya ke Pulau Mabul sahaja, tapi tak mungkinlah kan nak ada jeti asing-asing untuk destinasi berbeza.

Pulau Mabul hari 1
Gambar Public Jetty Semporna di Sabah. Mungkin namanya dalam Bahasa Malaysia ialah Jeti Awam Semporna?
Kami menunggu bot yang akan membawa kami ke Pulau Mabul di sini.

# 11 April 2014 jam 13:59 petang hari Jumaat
# 20140411-mabul (59).JPG
# Kamera: Canon EOS 500D
# Lokasi: Public Jetty Semporna, Sabah.
Gambar di sekitar Public Jetty Semporna di Sabah di Malaysia.
Pulau Mabul hari 1
Pemandangan dari sekitar jeti bot Pekan Semporna, kelihatan Pusat Pelancongan Lautan Semporna,
# Teks: welcome to Semporna Ocean Tourism Resort Centre, Scuba Junkie
# Gambar: air laut, jeti, bot

# 11 April 2014 jam 14:00 petang hari Jumaat
# 20140411-mabul (61).JPG
# Kamera: Canon EOS 500D
# Lokasi: Public Jetty Semporna, Sabah.
Gambar hotel terapung Dragon Inn di Semporna Sabah yang dilepasi bot kami
Pulau Mabul hari 1
Bot yang kami naiki untuk ke Pulau Mabul dari Public Jetty Semporna mula bergerak melepasi hotel terapung Dragon Inn.
# 11 April 2014 jam 14:18 petang hari Jumaat
# 20140411-mabul (78).JPG
# Kamera: Canon EOS 500D
# Lokasi: Dragon Inn (Floating Hotel), Semporna, Sabah.

Itu sahaja koleksi gambar yang interpretZZ kongsikan untuk pengalaman di pekan Semporna di Sabah di Malaysia ketika menanti masa menaiki bot ke Pulau Mabul. InterpretZZ akan sambung dengan perkongsian seterusnya iaitu pengalaman menaiki bot ke Pulau Mabul.