Jarang kami makan di luar sebenarnya jika balik ke Kelantan. Tetapi kebelakangan ini Tok Abah rajin membawa kami ke kedai-kedai makan di sekitar. Kali ini di Pasir Mas pula iaitu di Alya Nasi Kerabu Pohon Celagi di Kampung Binjai.
Kalau ikutkan pengetahuan Tedi kedai makan ni di Pasir Mas, tapi Google kata Kota Bharu. Adakah Pasir Mas ni dalam Kota Bharu?
Jika cari dalam Google, terjumpa kedai nasi kerabu ni ada cawangan kedua di bandar Kota Bharu.
Menu: Kambing bakar, daging bakar, ayam bakar, nasi berlauk, nasi sup, A.B.C, cendol.
# Thursday, 1 February 2018, 10:30
# DSC_0932.JPG # Telefon pintar Sony G3226
# Al'ya,nasi Kerabu Kambing Bakar, Jalan Kedai Mulong - Pendek, Kampung Binjai, 16010 Kota Bharu, Kelantan
Komen interpretZZ mengenai nasi kerabu di sini? memang terbaik. Datang sendirilah cuba makan, Tedi nak puji pun malas. Selain nasi kerabu ada juga kuih-muih tradisional.
# Thursday, 1 February 2018, 10:03
# DSC_0929 20180201 # Telefon pintar Sony G3226
# Al'ya,nasi Kerabu Kambing Bakar, Jalan Kedai Mulong - Pendek, Kampung Binjai, 16010 Kota Bharu, Kelantan
Pemandangan di sekitar Alya Nasi Kerabu Pohon Celagi
Kalau nak Google kedai makan Alya Nasi Kerabu Pohon Celagi ni memang ke laut dalam jawabnya sebab nama kedai ni dalam Google Map lain pula iaitu Al'ya,nasi Kerabu Kambing Bakar. Mungkin kerana yang masukkan nama tu sukarela dan tak kisah pasal ketepatan jenama, ejaan pun tak berapa betul. Tedi nak edit pun malas, mungkin nantilah suatu masa nanti.
Tak payah risau dan gundah-gulana, di bawah ni Tedi dah kepilkan Google Street View untuk rujukan semua.
4 Ulasan
Nasi kerabu..sedapnya.Baru semalam makan nasi kerabu.
BalasPadamSedap nama kedainya.Ditambah dengan kesedapan nasi kerabunya ya..moga terus maju..aamiin.
memang kedai makan nasi kerabu ni menjadi tumpuan di sana, melihatkan ada cawangan kedua tu (menurut carian Google) agak mengkagumkan Tedi sebab kita sangkakan dia kedai nasi kerabu biasa-biasa je meniaga tepi jalan, tapi kalau dah ada cawangan tu kira dah ada empayar perniagaan lah kan?
PadamApa-apa pun tepuk dada tanya selera, tekak masing-masing lain-lain.. hihi.
Suka juga makan 'rice to wednesday' ni
BalasPadamTedi tak berapa suka makan kecuali kalau di Kelantan tu suka juga mencuba nasi kerabu ni dengan kesegaran kemanisan dagingnya, kelapanya dan nasinya yang tidak kering.
PadamMalah warnanya juga tidak sebiru yang di luar Kelantan, dan jangan terkejut jika kawan-kawan jumpa nasi kerabu tidak biru di sini.
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.