Bos pasukan Tech 3 KTM, Herve Poncharal mengakui dia berang dengan prestasi Hafizh Syahrin pada MotoGP Argentina.

Syharin mengalami detik sukar beralih daripada motosikal Yamaha M1 yang ditungganginya pada tahun lepas kepada motosikal KTM RC16 yang digunakan pada tahun ini, dibuktikan dengan penampilan buruk dalam aksi pertamanya menunggang motosikal KTM itu di MotoGP Qatar apabila Hafizh Syahrin bukan sahaja menduduki tempat terakhir, tetapi ditinggalkan sejauh 20 saat oleh pelumba di hadapannya.

Detik 20 saat adalah satu tempoh yang sangat lama dalam perlumbaan motosikal MotoGP.

Pelumba yang berasal dari Malaysia itu mengaku bahawa dia tidak yakin untuk memaksa motosikal KTM RC16 tersebut, menyebabkan Hafizh syahrin menduduki tempat terakhir dalam setiap sesi latihan di Argentina.

Gambar pelumba motosikal MotoGP Red Bull KTM Tech 3 Hafizh Syahrin.

Berkata kepada MotoGP.com ketika sesi latihan ketiga pada pagi Sabtu, Poncharal yang sebelum ini pernah mengkritik Hafizh Syahrin di Misano pada tahun lepas berkata, "Hafizh, ini adalah sesuatu yang sungguh aneh tetapi kami pernah melaluinya sebelum ini".

“Dia berjaya menduduki tempat ke-9 tahun lepas dalam perlumbaan keduanya di MotoGP, kami tahu Hafiz Syahrin ada potensi.

"Sesi FP1 semalam adalah satu bencana, kelihatan seolah-olah kamu (penemubual Simon Crafar) atau saya yang menunggang motosikal tersebut di dalam litar. Saya sangat marah."

"Dan selepas 3 pusingan dalam sesi FP2, Hafizh syahrin berjaya memperbaiki kelajuannya sebanyak 2 saat, yang mana sangat banyak. Tiada perubahan dilakukan ke atas motosikal, tetapi kelihatan ada sesuatu dalam fikirannya."

"Pada ketika itu dia tidak berani untuk memaksa motosikal KTM RC16 tersebut, tanpa sebab yang saya dan dia sendiri dapat jelaskan"

“Tetapi kami semua menyokongnya dan berharap dia akan merapati rakan sepasukannya Miguel Oliveira, tidak lama lagi.”

Hafizh Syahrin berjaya mengelak kedudukan terakhir dalalm sesi kelayakan untuk perlumbaan Ahad apabila dia memintas Andrea Iannone dari pasukan Aprilia, tetapi dia masih ketinggalan 3 suku saat kepada teman sepasukannya Miguel Oliveira yang dikategorikan rookie sebab baru sertai MotoGP tahun ini.

Apabila diminta reaksinya terhadap komen Poncharal selepas sesi kelayakan tersebut, Hafizh Syahrin memberitahu Motorsport.com: “Ya, pagi semalam terasa sama seperti Qatar dan dalam sesi ujian, saya tak dapat rasakan cengkaman yang bagus oleh motosikal KTM RC16 tersebut."

"Kemudian kami melakukan sedikit perubahan, dan ia amat mengejutkan saya, saya merasakan motosikal itu berbeza, dan kami berjaya memperbaiki kedudukan."

"Kami cuba meningkatkan tahap fizikal saya kerana motosikal KTM ini sedikit berbeza berbanding motosikal Yamaha di mana kita perlu lebih agresif dan lebih fizikal"

"Minggu lepas sebelum saya tiba di sini, saya telah melalui latihan yang bagus, tidak henti selepas Qatar, dan kami maju ke hadapan."

InterpretZZ tidak pasti jika latihan yang dimaksudkan oleh Hafizh Syahrin itu adalah sesi latihan kelolaan Institut Sukan Negara.

 

“Litar ini juga bukanlah litar yang terlalu fizikal, tetapi sekarang saya mula memahami motosikal KTM RC16 tersebut dan kami semakin merapati orang lain.”

Hafizh Syahrin turut membayangkan dia telah memiliki keyakinan yang hampir serupa seperti pengalamannya menggunakan motosikal Yamaha pada tahun 2018.

“Saya fahami motosikal ini lebih kurang 90 peratus. Saya cuma perlukan lebih latihan."

“Sekarang kami juga mencapai kepantasan yang bagus semasa membrek dan semasa memasuki selekoh. Jika dibandingkan dengan pelumba lain, saya kalah sedikit semasa keluar selekoh. Jika kami dapat perbaikinya, kami mungkin akan dapat tingkatkan kepantasan setengah saat, dan kelajuan keseluruhan perlumbaan akan lebih baik.”

Gambar motosikal KTM RC16 yang digunakan pelumba motosikal MotoGP Red Bull KTM Tech 3 Hafizh Syahrin.

Hafizh Syahrin, Red Bull KTM Tech 3

Gambar oleh: Gold and Goose / LAT Images

Tedi mendoakan supaya Hafizh Syahrin meningkat maju sebagai seorang pelumba MotoGP yang disegani dan semakin memahami motosikal KTM RC16 beliau.

Sumber: https://www.motorsport.com/motogp/news/poncharal-very-angry-syahrin-argentina/4361988/