Salah satu tarikan di Pulau Langkawi adalah makan laksa di tepi pantai di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA). Ia membenarkan kita untuk makan laksa sambil tonton kapal terbang berlepas dan mendarat sambil memerhatikan keindahan pemandangan tepi laut.

Jenama laksa terkenal di Pulau Langkawi di Kedah di Malaysia adalah laksa ikan sekoq di mana sekoq adalah sebutan bagi perkataan "seekor" dalam loghat utara. Secara ringkasnya ia bermaksud lebih kurang laksa beserta seekor ikan.

Sebagai penggemar laksa, adalah menjadi satu kemestian untuk Master mencuba laksa yang gah diperkatakan ini. Komennya, erm macam tak berapa nak ingat rasa laksa tu macam mana... hahaha... boleh kata.. biasa-biasa sajalah.

Gambar sebuah kapal terbang mungkin kapal terbang AirAsia sedang terbang di ruang udara Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA).
Gambar sebuah kapal terbang mungkin kapal terbang AirAsia sedang terbang di ruang udara Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA).
# Monday, 29 August 2016, 18:30 # 20160829 # 20160829-1759-langkawi (27)-EFFECTS.jpg # Kamera Digital SONY ILCE-5000 # Jalan Kuala Muda, 07100 Langkawi, Kedah # 8PFC+4Q Langkawi, Kedah #
 
Gambar sepinggan laksa dan sebiji air kelapa di tepi laut. Nampak menyelerakan ye tak?
Gambar sepinggan laksa dan sebiji air kelapa di tepi laut. Nampak menyelerakan ye tak?
# Monday, 29 August 2016, 18:22 # DSC_5012.JPG # 20160829 # Kamera telefon pintar Sony D2533 # Laksa Ikan Sekoq Langkawi, Jalan Kuala Muda, 07100 Langkawi, Kedah #