بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Sesungguhnya nama Allah ada banyak dan indah-indah belaka. Pada 99 Asma al-Husna pun dah cukup banyak nama Allah yang maha indah maksudnya.

Nama Allah yang Tedi nak kaji dalam karangan kali ini adalah Al-Jabbar.

Maksud nama Allah Al-Jabbar

Al-Jabbar bermaksud Yang Maha Memaksa iaitu yang kehendak-Nya tidak dapat diingkari oleh sesiapa pun. Paksaan Allah adalah kerana kasih-sayang-Nya kepada hamba-hamba yang terpilih kerana manusia selalu terlupa dan lalai. Hanya dengan paksaan-Nya manusia akan tersedar.

Ini juga dapat dilihat contohnya dalam aturan alam di mana Matahari dan planet bergerak ikut orbit sesuai dengan aturan Allah tanpa tiada siapa dapat mengganggunya. Atau pada tubuh badan manusia seperti jantung yang berdegup tanpa kita mengaturnya. Hal-hal itu terpaksa makhluk-Nya lalui dengan patuh tanpa pilihan untuk mengingkari-Nya.

Kesan menghayati nama Al-Jabbar

Menghayati nama Allah Al-Jabbar ini akan menjadikan manusia bersyukur dan redha kerana sedar bahawa paksaan Allah itu adalah tanda kasih-sayang Allah kepada dirinya. Allah beri ujian kesakitan, kesempitan rezeki, dan kehinaan agar manusia kembali ingat dan kembali ke jalan yang benar.

Kita sendiri tahu bahawa manusia lebih mudah inngati Allah semasa dalam kesusahan berbanding ketika senang.

Orang beriman yang meghayati maksud nama Al-Jabbar ini akan berlapang dada dan redha akan perancangan Allah walaupun tidak disukai nafsunya, menjadikan dia sentiasa patuh pada arahan Allah, istiqamah, menegakkan kebenaran, dan mencantas kemungkaran.

Maksud nama Al-Jabbar dalam Bahasa Inggeris

Al-Jabbar dalam Bahasa Inggeris diertikan sebagai The Compeller, The Restorer (Yang Memulihkan).

Disebut sabagai Yang Memulihkan kerana Allah mengembalikan semula sesuatu kepada keadaan yang elok, atau memperbaiki. Ini sesuai dengan penjelasan Yang Memaksa tadi di mana Allah memulihkan manusia melalui sedikit paksaan (ujian). Jangan kita lupa bahawa Allah pernah berkata dalam al-Quran bahawa dia takkan menguji hamba-Nya dengan ujian yang tak dapat kita tanggung.

Dikatakan bahawa sesiapa yang amalkan membaca al-Jabbar ini takkan dapat dipaksa melakukan sesuatu di luar kehendaknya, dan takkan terdedah kepada keganasan, kezaliman, dan kesusahan.

Master memilih nama Abdul Jabbar dengan harapan empunya nama akan terlindung daripada fitnah dunia dan akhirat, akan bersikap redha, akan menjadi seseorang yang tegas dalam menjaga maruah diri dan agama Islam. Master takkan dapat melindunginya dan menjaganya, hanya Al-Jabbar sandaran Master.

Penggunaan nama Jabbar

Jika kawan-kawan mahu menamakan seseorang dengan nama-nama Allah seperti al-Jabbar ini harus ingat bahawa ia perlu didahului dengan Abdul yang bermaksud hamba. Abdul Jabbar.

 

Ramai yang mengeja alJabbar

Walaupun ramai juga yang mengeja al-Jabbar dengan versi alJabbar tapi maksud nama alJabbar itu masih tetap sama cuma berbeza ejaan versi rumi sahaja.


maksud al jabbar {13} maksud nama Allah al jabbar {12} al jabbar maksud {10} al-jabbar maksud {10} maksud Allah al Jabbar {10} al jabbar bermaksud {8.2}


~20190529~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih