Malam ini (29 Mei 2019) adalah malam ke-3 Master dan Mummy tidur di HUSM, dan malam ke-2 mereka tidur di Klinik Usains sempena Mummy melahirkan baby Aidan.
Master keluar ke kedai Jains Rstaurant Thai Food untuk bungkus makanan sahur nanti.
Adus, keluh Master.
Macam mana boleh terlupa?
Orang Kelantan ni manis-manis, kot terlupa selalu macam ni memang sakit kepala dibuatnya.
Apa yang Master terlupa?
Master lupa nak sebut Nescafe Tarik Kurang Manis... betul-betul kurang manis.. tetapi selalunya order air kurang manis dengan orang Kelantan ni tetap terlebih manis juga hasilnya.
Manis Kuasa Tiga
Tetapi mungkinlah takkan semanis Nescafe Tarik malam ni, rasanya macam kuasa tiga manisnya... sakit kepala dibuatnya.
Tidak tahulah macam mana orang Kelantan boleh manis-manis? Tak rasa gula naik ke otak ka?
Disebabkan Master dah tak tahan sangat akhirnya dia memanggil pelayan dan minta segelas air suam.
Master tuang segelas air suam tu ke dalam gelas Nescafe Tarik yang terlajak manis tu, masih tetap manis gila.
Memang benarlah tu manisnya kuasa tiga. Bilas lidah dengan air masak pun masih terasa manis pekat melekat di lidah.
Kenapalah orang Kelantan manis manis manis? Sakit kepala.
Perut Master dah kembung, dan kepalanya dah pening, hasil minum Nescafe Tarik terlajak manis campur air suam segelas.
Lagu Aina Meminta Air
Terdengar budak di belakang minta air daripada ibunya, serupa macam lagu Aina meminta air.
Apalah si Aina buat di rumah Tok Ma sekarang? Tidur dengan siapakah dia? Sudah 2 malam Aina tidur tanpa Mummy dan Master sempena kelahiran adik lelakinya.
Bersabarlah duhai Aina. Tunggu adik Aidan keluar hospital ya.
Jains Restaurant Thai Food. 29 Mei 2019 23:13. Klinik Usains HUSM.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.