Puasa pada tahun 2019 ini merupakan satu puasa yang agak bermakna bagi kami sekeluarga sebab Aina dah berusia 2 tahun. Budak perempuan ni pun dah pandai nak berbuka puasa walaupun tak puasa, dan mungkin Aina adalah ahli keluarga kami yang paling sibuk semasa berbuka puasa.
Aina ni susah nak makan nasi. Lebih banyak nasi ditaburnya berbanding yang masuk ke dalam mulut dan perut.
Aina juga hantu biskut, dan hantu sup. Dia memang suka makan biskut terutamanya biskut cream crackers. Sup bagi Aina adalah sebarang jenis kuah dan istilah itu agak tepat kerana orang putih memanggil kuah sebagai sup (soup).
Pada hari pertama berbuka puasa pada tahun 2019 ni, punyalah banyak makanan atas meja (banyak untuk 3 orang makan), Aina tetap nak makan biskut. Lebih haru lagi dia nak sup, dan hasilnya... biskut cream crackers cecah sup tulang padu punya.
# Monday, 6 May 2019, 19:51 # 20190506 # IMG_20190506_195149 # Kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A # Lokasi di rumah #
Tedi tak tahulah jika resepi berbuka puasa biskut cream crackers cecah sup tulang ni pernah dicuba oleh sesiapa di dunia ini. Tapi kalau difikirkan logik tidaklah peling sangat kerana masyarakat barat pun menu mereka ada biskut halia cecah sup. Tidaklah pelik sangat kan?
Tiga lauk dimasak Mummy, termasuk dengan beberapa lauk lain yang ada dalam peti sebelum ini, tidak dijamah Aina, sebaliknya dia lebih minat makan biskut cream crackers cecah sup tulang.
# Monday, 6 May 2019, 19:29 # 20190506 # IMG_20190506_192944 # Telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A #
Menyentuh tentang biskut cream crackers, yang menjadi pilihan kami sekeluarga adalah biskut cream crackers Cap Ping Pong atau dikenali juga Biskut Lemak Hup Seng. Biskut lemak ni memang sedap dicicah dengan air milo atau air kopi, dan kami belum pernah cuba makan biskut lemak cecah sup.
Kami ada juga mencuba beberapa biskut cream crackers keluaran jenama lain seperti Julies, Jacobs tapi rasanya ada yang bermentega sangat, dan ada pula yang kering sangat macam tepung dibakar. Ada orang cadangkan cuba biskut tawar OEM seperti Biskut lemak Tesco atau Giant. Kami dah cuba satu dan masih tak sama macam biskut lemak cap ping pong. Jangan risau, biskut ni ada halal JAKIM Malaysia.
2 Ulasan
salam sis singgah sini,n follow ..macam2 ragam anak2 ni time puasa hii..menu yang cukup simple pun dah sedap. selamat berpuasa..
BalasPadamwa'alaikumussalam. betul asalkan dia nak makan. thanks follow.
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.