Hari Isnin bertarikh 20 Mei 2019 yang lalu kami ke Klinik Eksekutif Usains di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian.
Tujuan kami ke Klinik yang Mummy panggil Klinik Usains itu adalah untuk jumpa doktor pakar dan tetapkan tarikh bersalin.
Nak ke Klinik Usains HUSM ini memang mengelirukan walaupun Waze telah menunjukkan jalan yang benar, ini adalah kerana apabila kami masuk sahaja ke lorong yang diberikan, terdapat barrier dengan papan tanda, parking Staff. Kemudian Master masuk melalui pintu utama HUSM Kubang Kerian tu sebelum tersangkut dalam kesesakan dek banyaknya kereta di situ.
Akhirnya melalui informasi terkini daripada kawan Mummy, Master membat pusingan U, keluar semula ke pintu utama HUSM sebelum masuk semula dan terus masuk ke lorong kiri yang mempunyai papan tanda Parking Staff. Tak tahulah memang disengajakan atau tidak, tapi itulah lorong ke Klinik Usains HUSM.
Master menuju ke lobi setelah ditunjukkan jalan yang benar oleh seorang polis bantuan, ternyata masalah papan tanda di Malaysia ni sangat teruk sehinggakan Hospital universiti yang terkemuka pun tak mampu nak sediakan papan tanda yang jelas dan betul.
Kami tinggalkan kereta kepada Joki, sebelum mendaftar di klinik pakar yang telah ditunjuki oleh kakitangan di kaunter informasi.
Harga khidmat Joki di sana ialah Rm 3 sejam, berbaloi guna berbanding cari tempat letak kereta sendiri, malangnya mungkin dalam bulan Ramadhan ni operasinya hanya sehingga jam 4 petang sahaja. Mungkin juga kerana klinik itu klinik eksekutif, takkanlah sibuk sehingga jam 4 petang, atau mungkin sahaja kerna pada jam 4 petang bilangan kereta sudah berkurangan di tempat letak kereta.
Setelah mendaftar, dan ambil sampel air kencing, kami menunggu pula untuk bertemu doktor pakar. Penantian ini terasakan agak lama mungkin kerana setiap pelanggan yang bertemu dengan doktor pakar tersebut mempunyai banyak soalan untuk ditanya.
# Monday, 20 May 2019, 10:46 # 20190520 # IMG_20190520_104622 # Kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A # No.8 & 9 (2 adjoining ground & 1st floor), Jalan Raja Perempuan Zainab 2, Kubang 16150, Kubang Kerian, 15200 Kota Bharu, Kelantan # 37XJ+Q5 Kota Bharu, Kelantan #
Akhirnya giliran Mummy tiba juga, setelah diperiksa oleh doktor pakar yang digelar Pak Nik tersebut, beliau bersetuju dengan tarikh yang diberikan oleh Hospital Putrajaya iaitu 27 Mei 2019. Master ingatkan bolehlah bersalin pada 23 Mei, tapi tak kesampaian. Doktor pakar tersebut suruh pilih tarikh selepas 27 Mei maka Master pilih tarikh 28 Mei 2019.
Mummy kena masuk ke wad pada 27 Mei 2019 jam 3 petang untuk pemeriksaan, dan masa pemulihan dijangka dalam 2 ke 3 hari jika bayi tiada masalah semasa dipantau.
Mummy akan bersalin menggunakan kaedah pembedahan caesarian, satu teknik kelahiran yang digunakan jika bayi dan si ibu mempunyai sesuatu risiko. Pembedahan caesarian ni mungkin disebut orang sebagai "sizer" atau "c-zer".
Selesai urusan dengan doktor pakar, Mummy bereskan bil menggunakan GL yang disediakan oleh PM Care.
Habis urusan pembayaran, kami beredar setelah kereta diserahkan oleh joki, kadar upah perkhidmatan joki tersebut dalam RM 6 (enam ringgit Malaysia sahaja) jika Tedi tak lupa.
Ketika kami bergerak pulang itu, kami mula sedari bahawa penghawa dingin kereta Subaru XV kami hanya mengeluarkan udara panas...
2 Ulasan
Lebih kurang seminggu sahaja lagi..Allahu.Moga semuanya dipermudahkan-NYA..keberkatan Ramadhan.
BalasPadamamin. terima kasih atas doa.
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.