بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
Masa Tedi mula menaip karangan ini jam menunjukkan jam 1 pagi dan ketika ini Master tersangkut di sekitar Kampung Kuala Atuk di tingkat atas sebuah bas ekspress Musafir ketika sedang bermusafir ke Wakaf Bharu di Negeri Kelantan.
Baru sebentar tadi melepasi kesesakan sekatan jalan oleh Polis Di-Raja Malaysia.
Master duduk di tempat pilihannya bangku 2A iaitu tempat duduk paling depan dalam bas 2 tingkat Ekspress Musafir tersebut.
Kandungan:
- Bas Ekspres Musafir review,
- 10:45 malam - Singgah di Hentian Bas Ekspress Greenwood,
- 3:25 pagi - Berhenti di Hentian Gua Musang,
- 6:27 pagi - Berhenti Solat Subuh,
- Laluan Bas Musafir ke Kota Bharu,
- Ekspress Musafir atau Ekspres Musafir?,
- Rujukan
Bas Ekspres Musafir review
Anehnya Master tidak berasa loya kali ini. Master berasakan tempat duduk yang agak keras ini sangat sesuai dengan dirinya berbanding tempat duduk bas Ekspress Mutiara minggu lepas yang tebal gedabak dan konturnya tak tahulah macam tak sesuai dengan kedudukan rehat manusia semasa duduk.
Bas Ekspress Musafir ni menjadi pilihan Master pada kali ini kerana 3 sebab iaitu:
- harga tiket lebih murah RM 10 berbanding harga tambang bas ekspres lain iaitu hanya RM 34 sahaja,
- bas Ekapress Musafir akan berhenti di Hentian Gua Musang, dan
- kerana Master saja-saja nak mencuba menggunakan perkhidmatan bas ekspres Musafir.
Bas Ekspress Musafir ni mengembalikan susunan 4 bangku dalam sebaris. Kesempitannya adalah sama taraf dengan tempat duduk kapal terbang AirAsia bukan X. Jadi tidaklah sesempit mana pun seperti yang sering diajukan oleh kawan Master.
Jiran tempat duduk Master rupa-rupanya "orang kampung" Master, berasal dari Kampung Atas Tol. Dia berulang-alik tiap minggu melawat pasangannya di Wakaf Che Yeh sudah 4 - 5 tahun. Dia memang memilih bas ekspres Musafir kerana harga tiket murah. Ya lah kan kalau dah tiap minggu ulang-alik baiklah cari yang murah, kalau sekali-sekala bolehlah demand sikit nak selesa. Master yang baru beberapa kali berulang-alik ke Kelantan pun dah mula mencari tiket bas murah untuk kemaslahatan poket. Naik bas pun tidur lebih banyak tidur, kalau berjaga barulah kita perasan selesa atau tak selesa perjalanan menaiki bas tersebut.
Bas Ekspress Musafir ni orang kata adik kepada Ekspress Mutiara. Master kata bas Ekspress Musafir ni bergegar agak kuat berbanding bas ekspress yang pernah dinaiki Master jika diabaikan pengalaman menaiki bas tambahan.
Mungkinkah bas Ekspress Musafir ni mewarisi bas lama dari Ekspress Mutiara? Tetapi jika lihat badan bas Ekspress Musafir ni tampak baru dan keluaran Scania pula, namun tidak menghairankan jika badan baru enjin lama kerana industri tukar badan bas bukanlah benda asing di Malaysia.
Jika teori ini tidak benar, maka bolehlah disalahkan pula penyelenggaraan bas yang mungkin tidak selenggara sistem serap hentak bas mereka. Selalunya masalah ini wujud pada bas yang mengejar trip dan tiada bas ganti.
Tapi tidaklah teruk sangat sampai tidak selesa cuma lebih gegar berbanding biasa.
Habis review bas Musafir, Tedi akan kongsikan pula persinggahan kami semasa menaiki bas Musafir ini supaya para pembaca boleh bayangkan dan rancang perjalanan anda.
10:45 malam - Singgah di Hentian Bas Ekspress Greenwood
Hentian bas ekspres ini terletak di Greenwood dalam kawasan Batu Caves. Mungkin ia adalah hentian terakhir sebelum memasuki Lebuhraya Pantai Timur. Tedi difahamkan bahawa para penuntut atau mahasiswa UIAM yang selalu naik di sini.
Bas Ekspres Musafir sedang mengambil penumpang di Hentian Bas Ekspress Greenwood di alamat Taman Greenwood, 68100 Batu Caves, Selangor, pada hari Jumaat jam 10:45 malam. Tetapi ini sebenarnya bukanlah hentian bas ekspres, jika melihat kepada papan tanda namanya ialah Perhentian Bas Jalan Gombak - Batu Caves yang terletak di bawah Majlis Perbandaran Selayang.
# Friday, 21 June 2019, 22:45 # 20190621 # IMG_20190621_224528 # Kamera: Xiaomi Redmi Note 5A # Lokasi: https://goo.gl/maps/ecqC2cZJbVApn7nC9 # Google Street: https://goo.gl/maps/C553fMLvh1ZgUDdM9 #
3:25 pagi - Berhenti di Hentian Gua Musang
Jam 3:25 pagi, bas Ekspress Musafir dengan nombor pendaftaran JTH 7878 yang dinaiki Master mula hendak bergerak dari Hentian Gua Musang setelah berhenti rehat lebih kurang 30 minit, sempatlah untuk minum dan singgah ke tandas. Kelihatannya semua bas Ekspress Musafir menggunakan nombor 7878, jika benarlah kata jiran tempat duduk Master ni bas Ekspress Musafir ni ada 2 buah semuanya.
6:27 pagi - Berhenti Solat Subuh
6;27 pagi Master baru sampai di Tanah Merah. Pemandu bas Ekspress Musafir yang Master naiki kata mereka akan berhenti untuk solat Subuh di Salor.
Selepas jam 7 pagi baru Master sampai ke Stesen Bas Kota Bharu Lembah Sireh atau lebih dikenali Stesen Bas Tesco sebab Tesco yang mula bertapak di sini pada suatu masa dulu.
Laluan Bas Musafir ke Kota Bharu
Rupa-rupanya Ekspress Musafir ada 2 laluan untuk ke Kota Bharu.
Bas yang Master naiki ini menggunakan laluan Machang - Tanah Merah - Pengkalan Chepa, manakala bas Musafir yang bergerak pada jam 10 malam dari Terminal Bersepadu Selatan menggunakan laluan Kok Lanas. Bas yang melalui Kok Lanas itu yang sepatutnya dinaiki oleh Master jika mahu ke Kota Bharu dan ia sampai lebih awal lebih kurang sekitar jam 5 pagi walaupun bergerak lewat 1 jam. Master membuat kesilapan dengan memilih bas Musafir yang bergerak lebih awal tanpa mengetahui laluan yang digunakan adalah lebih jauh.
Ekspress Musafir atau Ekspres Musafir?
Sebenarnya ejaan yang betul adalah Ekspres Musafir, dan entah bagaimana Tedi boleh tereja Ekspress Musafir pula.
Ekspres adalah terjemahan langsung kepada perkataan express daripada Bahasa Inggeris.
Ekspres bermaksud: (éksprés) segera, cepat, pantas; bas (kereta api) ~ bas (kereta api) yang tidak singgah menyinggah atau yang cepat tiba dalam perjalanan jauh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Rujukan
~22 Jun 2019, 20190622~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
2 Ulasan
belum pernah naik bas ekpress 2 tingkat tu
BalasPadammerasalah bas sangkut kat pokok... siapa yang bersalah? bas dua tingkat atau majlis tempatan?
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.