Haha, nak bagi jawapan apa ek?

Sebenarnya Tedi suka membaca terutamanya bahan bacaan dalam Bahasa Melayu, maklum sahaja Tedi tak berapa pandai Bahasa Inggeris.

Pada mulanya Tedi tak niat pun nak simpan semua yang Tedi baca ke dalam satu blog, dan sebenarnya ini bukan blog Tedi!

InterpretZZ adalah blog Master sebelum Tedi ambil alih.

Penyumbang kepada Google Translate

Sebelum mencoret dalam interpretZZ, Tedi sebelum ini menyumbang kepada Google Translate. Tapi Tedi berhenti kerana sumbangan Tedi itu seolah-olah tiada kesan kepada Google Translate itu sendiri.

Ayat yang mereka terjemahkan masih tetap tunggang terbalik.

Penyunting Wikipedia Bahasa Malaysia


Kemudian Tedi mula menyunting dalam Wikipedia Bahasa Malaysia, namun kesedihan melanda apabila kiriman Tedi dengan selamba badaknya telah dipadamkan oleh penyunting lain yang lebh otai.

Kebebasan dalam mencoret

Akhirnya Tedi pun ambil alih interpretZZ daripada Master kerana Tedi tengok ia telah bersawang.

Master pada awalnya nak jadikan interpretZZ ni sebagai arkib foto, sebab itu dinamakan interpretZZ dengan tagline "sekeping foto seribu interpretasi".

Tedi pun tukarlah penjenamaan atau disebut rebranding si interpretZZ ini dengan tiada niche khusus kerana ia adalah semata-mata sebuah diari. Kelakarnya diari Tedi ni tak banyak cerita pasal Tedi sebab mungkin kisah hidup Tedi ni biasa-biasa sahaja. Pergi sekolah, balik rumah, pergi sekolah balik rumah... nak cerita apa?

Cuma Tedi cuba fokuskan kepada dunia haiwan dan sains dan paleontologi dan teknologi dan apa-apa sahajalah yang Tedi suka baca. Mana tahu ada kawan-kawan yang sama minat dan boleh memberi cadangan atau berbincang mengenai sesuatu isu.

Kadangkala Tedi mengarut juga, hehehe.

Jadi dah terjawab kan kenapa Tedi berblog?
2 November 2013