بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Jemur Aidan di klinik Primer

Pada hari Selasa bertarikh 4 Jun 2019 di sekitar jam 8:34 seperti yang dirakam pada nombor giliran, Aidan dibawa ke Klinik Kesihatan Wakaf Bharu untuk diperiksa tahap kuningnya (jaundice) setelah jururawat dari Klinik Kesihatan Delima mengesyaki tahap kuning Aidan masih tinggi.

Ketika ini umur Aidan adalah 7 hari menurut kiraan jururawat di sana. Mereka kira umur Aidan bermula sehari selepas tarikh lahir.

Beliau mencadangkan Aidan diperiksa sekali lagi dengan secepat mungkin berbanding tarikh temujanji yang telah ditetapkan doktor sebelum ini (11 Jun 2019). Jururawat tersebut merasakan tarikh itu terlalu lewat dan Hari Raya akan disambut esok menyebabkan Klinik Kesihatan akan ditutup.

Setelah diperiksa didapati tahap kuning Aidan telah meningkat kepada 218. Doktor menyuruh kami membawa Aidan ke Hospital Tumpat pada esok hari (5 Jun 2019) yang juga hari raya.

Memandangkan kami kalau boleh nak elakkan Aidan dibawa ke hospital pada hari raya, kami membawa Aidan ke Klinik Primer Wakaf Bharu kerana di sana ada alat pemancar ultra ungu untuk mengurangkan jaundice. Ini adalah kerana pancaran itu akan membantu meleraikan bahan kimia dalam badan yang menyebabkan jaundice memudahkan ia dicerna dalam hati (lebih kurang macam tu lah).

Setelah 4 jam Aidan “dijemur” (istilah yang digunakan kakitangan di sana) akhirnya kuning Aidan turun ke tahap 130. Melihatkan perkembangan ini, kami tidak membawa Aidan ke Hospital Tumpat seperti yang disarankan doktor.


~20190604~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, tqvm