1. Malam nanti Master akan menaiki bas Ekspress Sani pada jam 10:00 malam untuk pulang ke Kota Bharu.
  2. Kepulangan Master ke Kota Bharu pada minggu ini bersekali dengan jemput Mummy, Aina, dan Aidan balik ke Sepang.
  3. Master akan memandu Subaru XV STI pulang ke Sepang ditemani Tok Abah, manakala Mummy akan naik kapal terbang AirAsia bersama Tok Ma, Aina dan Aidan.
  4. Selalunya setiap kali menjelang hari minggu Master akan memandu kereta Proton Persona ke pejabat beliau dan akan tinggalkan kereta Proton Persona tersebut di tempat letak kereta di Bangsar South (Kampung Kerinchi), sebelum menaiki bas ke Kota Bharu sebaik sahaja habis kerja. Ini adalah rutin mingguan semasa Mummy berpantang di Kota Bharu.
  5. Tetapi kali ini Master tidak boleh berbuat sedemikian kerana tiada siapa yang akan membawa pulang kereta Proton Persona tersebut pulang ke rumah kerana Master akan memandu Subaru XV STI dari Kota Bharu.
  6. Oleh sebab itu, Master mencari alternatif lain untuk ke tempat kerja beliau.
  7. Master terfikir untuk menumpang seorang jiran kami ke KLIA, sebelum menaiki KLIA Express ke Stesen KL Sentral.
  8. Namun jiran Master itu mencadangkan supaya Master menaiki bas sahaja dari Terminal KLIA ke KL Sentral. Maklum sahajalah tambang ERL KLIA Express ni memang mahal.
  9. Nak cari stesen bas ni agak mencabar sebab ia berada di seberang KLIA. Mula-mula hala ke tingkat 2 KLIA kemudian hala ke tengah cari laluan yang hubungkan KLIA dengan bangunan tempat letak kereta, pastikan anda cari di bahagian tengah Terminal KLIA bukannya di tepi kerana ada beberapa jambatan atau laluan yang menghubungkan dua buah bangunan ni. Papan tanda bila dah nak sampai baru ada.
  10. Papan tanda ke stesen bas pelancongan ada banyak, jangan dituruti papan tanda itu. Anda perlu mencari papan tanda bas ekspress.
  11. Harga tambang KLIA ke KL Sentral ialah MYR 12 (dua belas Ringgit Malaysia). Bas yang Master naiki adalah bas jam 8:30 pagi.
  12. Agak menakjubkan juga apabila melihat rupa-rupanya ada bas ekspress di KLIA. Ada bas ke Sitiawan, malahan ke Kuala Terengganu dan Kota Bharu. Mungkin ramai pelancong yang mahu terus ke destinasi seterusnya hanya dengan menaiki bas setelah mendarat di KLIA.
  13. Bas Master naiki itu tiba di KL Sentral pada jam 9:30 pagi.
  14. Master seterusnya menaiki LRT dari KL Sentral ke stesen Kerinchi, dan dari stesen Kerinchi hanya perlu melalui jejantas untuk ke Bangsar South.

To get to the KLIA Terminal express bus station, you have to go to the 2nd floor first, make sure in the middle of the KLIA Terminal building.
Untuk ke stesen bas ekspress Terminal KLIA, mula-mula kena pergi ke tingkat 2 dahulu, pastikan di bahagian tengah bangunan Terminal KLIA. # Friday, 28 June 2019, 08:01 # 20190628 # IMG_20190628_080148 # Xiaomi Redmi Note 5A # Kuala Lumpur Int'l Airport #

Picture of the Bus Ticket Counter at the KLIA Terminal
Gambar Kaunter Tiket Bas di Terminal KLIA. # Bus Ticketing Counter # Friday, 28 June 2019, 08:08 # IMG_20190628_080804 # Xiaomi Redmi Note 5A # Kuala Lumpur Int'l Airport #

Pictures of electronic notice boards displaying bus departure schedules. Look at the escalator to the KLIA Terminal.
Gambar papan makluman elektronik yang paparkan jadual perlepasan bas. Kelihatan escalator untuk ke Terminal KLIA. # Friday, 28 June 2019, 08:08 # IMG_20190628_080826_HDR # Xiaomi Redmi Note 5A # Kuala Lumpur Int'l Airport #

Picture of the bus ticket that Master boarded for the journey from KLIA to KL Sentral
Gambar tiket bas yang Master naiki untuk perjalanan dari KLIA ke KL Sentral # KLIA Terminal KLIA - KL Sentral Date 28/06/2019 Operator Ticket No Time 8:30 AM :Airport Coach :KTICK19060067981 Operator Ticket: APC1183948 Trip No Gate No Platform Seat No Price Cust. Name Cust. Phone :KLIAKL0830 :3 :8 05 : RM 12.00 [Adult] PLEASE BE AT WAITING AREA 15 MINUTES BEFORE DEPARTURE TIME Printed by: EP119 (28/06/2019 08:07 AM) # Friday, 28 June 2019, 08:12 # 20190628 # IMG_20190628_081233_HDR # Kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A # Kuala Lumpur International Airport #

Picture of a shop selling food at the Kuala Lumpur International Airport Express Bus Station.
Perut kelaparan semasa menunggu bas tetapi was-was pula hendak beli makanan di sebuah kedai yang dibuka di sana. Maka beli sahajalah roti untuk alas perut. Perlu diingat bahawa stesen bas KLIA ini terletak berasingan dari KLIA iaitu di seberang jalan, maka bukan menjadi pilihan untuk pergi semula ke Terminal KLIA mencari makanan apatah lagi jika kita sedang menunggu bas. # Lif/Daftar Masuk Bagasi Lifts/Baggage Check-in Kaunter Tiket Bas/Tandas Bus Tickets Counter/ Toilets Coca-Cola ESCAFE ula Top # Friday, 28 June 2019, 08:13 # IMG_20190628_081325_HDR # Xiaomi Redmi Note 5A # Kuala Lumpur Int'l Airport #

20190628