Yeah, Kedah menang jumpa Perak di perlawanan akhir Piala FA Malaysia. Walaupun sekadar menang aggregate, bolehlah daripada tiada. Ini laporan berita kemenangan Kedah yang dilaporkan oleh Harian Metro.
IMPIAN FELDA United mengulangi pencapaian mara ke pentas final Piala FA musim lalu musnah biarpun menang 3-2 pada aksi separuh akhir kedua bertemu Kedah di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, malam tadi.
Keputusan itu menyaksikan skuad Lang Merah mara ke final dengan agregat 3-3 untuk bertemu Perak.
Kedua pasukan mempamer aksi bertenaga sebaik wisel perlawanan ditiup pengadil perlawanan, Mohammad Zamzaidi Katimin.
Pasukan pelawat menguji skuad The Fighters m-4 melalui rembatan kencang luar kotak penalti penyerang import mereka, Fernando Rodriguez Ortega namun sekadar melewati penjuru kanan gol FELDA United dikawal Norazlan Razali.
Keadaan kelam-kabut di dalam kotak penalti m-24 menyaksikan bola dirembat pemain Kedah terkena tangan pemain pertahanan FELDA United.
Pengadil perlawanan tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti kepada Kedah.
Pemain import Kedah, Fernando Rodriguez Ortega tidak mensia-siakan peluang menjaringkan gol pertama bagi memastikan Kedah mendahului dengan agregat 2-0.
FELDA United bangkit melancarkan serangan ke arah gol skuad Lang Merah namun dinafikan penjaga gol Kedah, Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim.
Kedah dikendalikan oleh Aidil Shahrin Sahak berjaya memperoleh gol kedua melalui rembatan kencang Mohd Farhan Roslan m-36.
Pada babak kedua, Thiago Aquino berjaya menjaringkan gol pertama FELDA melalui rembatan cantik m-64.
Gandingan Chanthuru dan Thiago sekali lagi berhasil apabila serangan pantas The Fighters menyaksikan Chanthuru berjaya merapatkan jaringan m-71 menerusi rembatan deras dari penjuru kanan kotak penalti.
FELDA United mendapat gol ketiga melalui sepakan kapten pasukan, Mohd Hadin Azman m-94 namun sudah terlambat untuk mengatasi kelebihan gol di tempat lawan dimiliki Kedah.
2 Ulasan
Tahniah team Kedah ke final
BalasPadamterima kasih, kalah menang ada permainan, kalah menang tetap dalam sokongan.
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.