Karangan ini adalah berkenaan Mummy yang menghidap demam denggi ketika ini. Topik-topik yang ada dalam karangan ini adalah seperti: Kenapa Platlet Darah Merosot Semasa Demam Denggi?, Bagaimana Tingkatkan Bilangan Platlet dengan Cepat?, Perubatan di rumah untuk tingkatkan platlet, dan Adakah buah Kiwi menaikkan bilangan platlet?.
Kronologi Serangan Demam Denggi ke atas Mummy
- Mummy telah disahkan menghidap denggi setelah pemeriksaan darah dilakukan di Nilai Medical Centre pada jam kira-kira 11 malam hari Ahad, 24 Ogos. Mummy ke sana setelah mengalami gejala keletihan akibat demam yang dihidapinya bermula 21 Ogos 2019 iaitu hari Rabu.
- Sebelum itu pada hari Jumaat, Master membawa Mummy ke Klinik Siti Kota Warisan untuk diperiksa. Doktor kata Mummy demam biasa sahaja.
- Pada hari Sabtu demam Mummy sekitar 37 darjah Celcius sahaja, tapi Mummy kata dia sangat penat. Master bertanya kepada jiran-jiran setaman dan mula syak bahawa Mummy kena demam Denggi atau Influenza B. Masalahnya demam Mummy tak tinggi cecah 40 darjah celcius pun.
- Pada hari Ahad, 25 Ogos, Tok Ma dan Tok Abah tiba dari Sabak Bernam. Master ajak Mummy ke klinik, namun Mummy tak mahu.
- Mummy mengesyaki dirinya kena bentan angin akibat makan pulut berkuah santan semasa masih dalam pantang 90 hari. Jiran-jiran Master pun kata mungkin itu puncanya setelah Master menceritakan perbuatan Mummy itu kepada mereka.
- Namun seorang jiran Master menasihati Master supaya elok dibawa Mummy periksa darah kerana setiap orang lain simptomnya ketika diserang Demam Denggi, ada yang demam teruk, ada yang tidak demam. Mungkin juga nanti ada serangan demam kedua yang lebih teruk jika denggi tidak diketahui segera. Pakcik itu kata satu tempat boleh periksa darah dan dapat keputusan pemeriksaan darah dalam masa sejam ialah Nilai Medical Center.
- Master menerima nasihat ini dan membawa Mummy ke Nilai Medical Center pada jam 11 malam. Mummy positif Denggi dan dimasukkan air. Platlet darah Mummy ialah 115, masih tinggi (lebih 100) jadi Mummy dibenarkan pulang. Mummy gunakan PMCare untuk pembayaran. Harga periksa darah termasuk nasihat doktor mencecah RM 500! Sebabnya ialah hari itu hari Ahad jadi dikenakan caj on-call.
- Hari Isnin, 26 Ogos, Mummy ke Nilai Medical Center untuk ujian darah dan platlet darah Mummy menurun kepada 78. Mummy tidak ditahan di wad kerana wad penuh. Mummy pergi bersama Tok Abah, manakala Master bawa Aina ke Hospital Putrajaya kerana ada temujanji bersama doktor.
- Hari Selasa, 27 Ogos, ujian darah di Nilai Medical Center menunjukkan bilangan platlet dalam darah Mummy berkurangan kepada 60.
- Hari Rabu, 28 Ogos, Mummy ajak Master ke Klinik Kesihatan Salak untuk buat ujian darah. Tok abah dan Tok Ma akan bergerak balik ke Kelantan pada hari ini. Tetapi Mummy kata dia berasa sangat sihat dan tak perlu ke Klinik Kesihatan Salak untuk buat ujian darah. Tok Mak telefon bertanyakan khabar sambil menyuruh Mummy cuba minum air lengkuas yang direbus, katanya petua daripada seorang Cina.
Kenapa Platlet Darah Merosot Semasa Demam Denggi?
Kemerosotan bilangan platlet darah Mummy itu agak memeningkan. Bagaimana platlet darah boleh kurang? Doktor Mummy kata kejadian itu berlaku kerana virus Denggi memakan platlet. Tedi berasakan jawapan itu agak kelakar lalu mendorong Tedi mencari jawapannya di dunia maya. Berikut adalah jawapan yang Tedi perolehi...
Kiraan platelet rendah boleh berlaku walaupun sumsum tulang membuat platelet yang mencukupi.
Badan boleh memusnahkan plateletnya sendiri disebabkan oleh:
- penyakit autoimun,
- pengambilan ubat tertentu,
- jangkitan,
- pembedahan,
- kehamilan, dan
- beberapa keadaan yang menyebabkan pembekuan darah terlalu banyak.
Bagaimana Tingkatkan Bilangan Platlet dengan Cepat?
Daging tanpa lemak seperti ikan, ayam dan ayam belanda kaya dengan protein, zink dan Vitamin B12, semuanya membantu meningkatkan kiraan platelet darah.
Kacang mengandungi Vitamin B9 atau folat yang sangat membantu meningkatkan kiraan platelet darah.
Beberapa makanan lain yang kaya Vitamin B9 adalah bayam, asparagus, dan oren.
Perubatan di rumah untuk tingkatkan platlet
- Betik dan jus daun betik
- Betik dan daunnya sangat membantu dalam meningkatkan jumlah platelet dalam tubuh kita, seperti yang dilaporkan dalam penyelidikan yang dijalankan oleh institut sains dan teknologi Asia, Malaysia pada tahun 2009.
- Kita boleh memakan betik masak dan minum jus daunnya setiap hari semasa waktu kiraan platelet anda tidak normal.
- Kita juga boleh minum jus betik ditambah sedikit jus lemon kepadanya.
- Labu dan biji labu
- Nutrisi dalam labu membantu dalam menghasilkan protein secara berkesan, yang sangat penting untuk menghasilkan platelet.
- Labu juga mempunyai Vitamin A yang membantu dalam pengeluaran platelet di dalam badan kita.
- Jadi, penggunaan biasa labu dan biji-bijiannya membantu meningkatkan kiraan platelet.
- Jus Lemon
- Lemon membekalkan tubuh kita dengan Vitamin C.
- Vitamin C membantu dalam meningkatkan kiraan platelet.
- Bukan itu sahaja, Vitamin C juga meningkatkan imuniti kita yang sangat berguna untuk mencegah kerosakan radikal bebas platelet.
- Jus Lidah Buaya (Aloe Vera)
- Aloe Vera membantu dalam proses pembersihan darah.
- Ia juga berkesan dalam mencegah jangkitan darah.
- Semua ini membawa kepada peningkatan kiraan platelet darah dan merawat masalah platelet rendah dengan berkesan.
- Bayam
- Bayam kaya dengan Vitamin K, yang membantu dalam pencegahan kehilangan darah daripada luka dan kecederaan.
- Penggunaan harian jus bayam secara drastik dapat meningkatkan bilangan platelet darah.
Adakah buah Kiwi menaikkan bilangan platlet?
Mummy makan buah Kiwi untuk naikkan bilangan platlet. Master beli di Tesco sebanyak 15 biji dengan harga RM 27.
Kajian Tedi mengenai buah kiwi menaikkan bilangan platlet semasa demam denggi mendapati bahawa:
- Tiada kajian saintifik atau kajian yang didokumenkan menunjukkan bahawa buah Kiwi menaikkan bilangan platlet.
- Penjualan buah Kiwi meningkat mendadak semasa wabak denggi melanda. Selalunya buah Kiwi tidak dibeli orang kerana harganya mahal.
Walaupun mungkin benar makan kiwi tiada kena-mengena dengan Demam Denggi, tapi oleh kerana orang kena demam denggi ni tiada selera makan, makan buah kiwi pun dah kira baguslah daripada tiada.
Tetapi Tedi berasakan mungkin benar makan buah kiwi boleh naikkan platlet sebab buah kiwi ada protein, zat besi, ada Vitamin A, C, E, dan K yang telah banyak disebut di atas.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.