Munsyid: Rabbani
Munajat adalah sebuah lagu genre nasyid yang dipopularkan oleh munsyid terkenal dari Malaysia iaitu Rabbani. Nasyid bertajuk Munajat ini adalah sebuah nasyid berentak perlahan dan sayu, menggambarkan pengharapan seseorang semasa berdoa kepada Allah.
Munajat adalah perkataan Arab bermaksud merahsiakan. Apabila seseorang bermunajat lazimnya dia berdoa berzikir merayu kepada Allah subhanahu wa ta'ala secara bersendirian selalunya pada waktu orang lain tidur.
Lirik nasyid "Munajat" oleh Rabbani
Tuhan
Ku bisikkan kerinduan, keinsafan, pengharapan
Tuhan
Ku bisikkan kerinduan, keinsafan, pengharapan
Tuhan
Ku sembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan
Bisikkanku untukMu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku
Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirah-Mu
Mardhiah-Mu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku
Ku rindukan pimpinan-Mu
Keagungan-Mu dalam doaku
Kebesaran-Mu pada kudrat-Mu
Ia membina rohaniku
Tuhan
Ku bisikkan kerinduan, keinsafan, pengharapan
Tuhan
Ku sembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan
Ujian kepahitan di dalam kehidupan
Padanya ada kamanisan
Ketenangan dan kebahagian
Bayangan syurga idaman
Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirah-Mu
Mardhiah-Mu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku
Ku rindukan pimpinan-Mu
Keagungan-Mu dalam doaku
Kebesaran-Mu pada kudrat-Mu
Ia membina rohaniku
Tuhan
Ku bisikkan kerinduan, keinsafan, pengharapan
Tuhan
Ku sembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan
Nota kaki:
- Maghfirah = keampunan
- Mardhiah = keredhaan
- Kudrat atau Qudrat = salah satu nama Allah subhanahu wa ta'ala dalam 99 Asma ul-husna.
- Keagungan-Mu dalam doaku = mungkin bermaksud memuji Allah dengan menggunakan nama-Nya al-Aziz ketika berdoa. Mungkin juga bermaksud berdoa dengan bersungguh-sungguh seperti berhadapan dengan seseorang yang hebat.
Rabbani Munajat {99} Munajat Rabbani {88}
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.