Aina adalah seorang kanak-kanak perempuan yang aktif malahan terlebih lasak walaupun dia ada masalah jantung berlubang.

Cuma Aina selalu dimasukkan ke hospital dan berjumpa doktor di klinik kerana masalah pernafasan. Doktor belum mengisytiharkan Aina menghidap lelah memandangkan umurnya belum 2 tahun. Kami pun berharap sedemikian.

Info: doktor biasanya tidak dapat membuat diagnosis asma sehingga kanak-kanak lebih tua, sekitar usia 4 atau 5 tahun. Sementara itu, doktor akan merawat gejala seperti asma. Mereka mungkin berikan ubat asma, tetapi mungkin mengisytiharkan anak menghidap asma secara rasmi melainkan gejala berterusan. [Sumber:Asthma in Infants | AAFA.org]

Sebagai salah satu usaha, Tok Abah dan Tok Ma membawa kami berjumpa seorang pengamal perubatan tradisional di Jalan SK Bukit Awang di Bukit Awang di Pasir Puteh di Kelantan di Malaysia.

Agaknya lelaki ini terkenal kerana ramai orang beratur untuk menemuinya.

Take Aina to see an uncle who is a traditional medicine practitioner to treat Aina's asthma. Doctors have not yet declared Aina to be tired because she is still young. Aina’s age at the moment is 1 year 8 months 28 days
Bawa Aina pergi jumpa seorang pakcik pengamal perubatan tradisional untuk mengubati penyakit lelah Aina. Doktor masih belum mengisytiharkan Aina ada lelah kerana dia masih kecil lagi. Umur Aina pada masa ini ialah 1 tahun 8 bulan 28 hari. # Sunday, 18 November 2018, 12:22 # 20181118 # 20181118-ILCE-5000 (13) # SONY ILCE-5000 # Bukit Awang, Pasir Puteh, Kelantan #

Sementara menanti giliran Aina tu Tedi sempat juga pusing keliling untuk melihat pemandangan sekitar.

Picture of a small abandoned and abandoned hut located in an open area shaded by a rather lush tree
Gambar sebuah pondok kecil yang terbengkalai dan terbiar terletak di kawasan lapang dipayungi sebatang pohon agak rimbun. # Sunday, 18 November 2018, 12:16 # 20181118 # EFFECTS # SONY ILCE-5000 # Berhampiran SK Bukit Awang, Pasir Puteh, Kelantan, Malaysia #

Lokasi