Terpesong apa? Aqidah?
Bukan. Katanya kita telah lama terpesong dalam menggunakan 1 peribahasa Melayu yang agak terkenal.
Peribahasa yang dimaksudkan itu adalah "Harapkan pagar, pagar makan padi".
Mesti kawan-kawan pernah mendengarnya bukan?
Peribahasa "Harapkan pagar, pagar makan padi" itu bermaksud:
- Orang yang pecah amanah.
Contohnya:
- "Cikgu tak sangka kamu sebagai seorang pengawas sanggup mengkhianati kepercayaan yang cikgu beri dengan mencuri duit koperasi. Harapkan pagar, pagar makan padi."
Muncul terjemahan baru?
- Hari ini lain pula, Tedi terserempak dengan peribahasa "Harapkan pegar, pegar makan padi" yang dikatakan adalah versi yang betul.
- Pegar dikatakan sebagai seekor burung yang tugasnya menjaga padi dengan memakan serangga.
- Kiriman itu menyatakan Burung Pegar adalah Burung Merak dalam Bahasa Melayu. Pegar itu dikatakan Bahasa Indonesia.
- Kamus Rakyat menyatakan Burung Pegar adalah Burung Tatera atau Lophura ignita rufa.
- Tedi telah merujuk Ayam Pegar dan mendapati bahawa diet Ayam Pegar ini adalah padi, daun muda, buah dan haiwan kecil.
- Ia adalah keluarga Merak yang boleh dijumpai di Malaysia-Thai dan hampir pupus.
- Ayam Pegar ini dipanggil Sempidan Biru dalam Bahasa Indonesia.
- Tapi di Malaysia juga ada Burung Sempidan Biru.
Relevankah Burung Pegar menjaga padi?
- Tedi sukar nak menerima tafsiran ini.
- Bagaimana seekor Burung Pegar boleh dikatakan menjaga padi jika benar ia yang dimaksudkan dalam peribahasa ini?
- Atau adakah sebenarnya pada zaman dahulu Burung Pegar dibela sebagaimana manusia membela Burung Pungguk pada zaman sekarang untuk mengawal populasi haiwan perosak?
- Tedi telah melawat beberapa laman blog dan hampir kesemunya menggunakan ayat yang sama (mungkin copy-paste atau plagiat?), main agak-agak Burung Pegar ni digunakan dalam kawalan biologi.
- Ini adalah satu fakta yang agak menarik untuk dikaji. Bagaimanakah pengaruh Burung Pegar ini kepada manusia pada zaman dulukala?
- Tedi telah melawat http://ms.wikipedia.org/wiki/Padi dan tiada disebut penggunaan burung dalam kawalan biologi kecuali Itik Muscovy.
Relevankah pagar makan padi?
- Dari dulu Tedi tertanya-tanya bagaimana peribahasa ini tercipta?
- Sawah padi pada zaman sekarang tiada sebarang pagar, kecuali batas yang memisahkan di antara petak-petak sawah.
- Tapi mengapa dikatakan "pagar makan padi"? Sedangkan pagar adalah benda mati yang tidak makan.
- atau adakah "makan" yang dimaksudkan itu bermaksud "merosakkan" padi?
- Mungkinkah pada suatu masa dahulu ada seorang petani cuba memagar sawahnya, namun pagar itu roboh merosakkan padi?
- Adakah "pagar" yang dimaksudkan itu bukan pagar yang kita bayangkan tetapi sesuatu yang digunakan untuk memagar padi? Dalam keadaan ini ia adalah batas sawah itu sendiri.
1 Ulasan
Masa sekolah dulu, kita diajar pagar bukan pegar.
BalasPadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.