Balik dari Pump on the Go, kami singgah makan di Restoran Barra sebab Mak Su Izzati kata makanan di sana sedap.

Roti Nan Cheese Mozarella memang terbaik

Tak sia-sia rupanya makan di Restoran Barra ni. Roti Nan Cheese Mozarella memang terbaik. Lauk kambing tu pun sedap, Tedi tak pasti masak apa? Mungkin kari kambing kot... lupa nak periksa namanya.

Tedi rasa Roti Nan Cheese Mozarella di Restoran Barra ni lebih baik berbanding Roti Nan Extra Cheese di Restoran RSMY Bangi.

gambar roti nan cheese mozarella, ayam tandoori dan kari kambing di Restoran Barra
Nan Cheese Mozarella dengan ayam tandori kari kambing di Restoran Barra Bangi.
# Sunday, 15 September 2019, 18:56 # 20190915 # EFFECTS.jpg # Xiaomi Redmi Note 5A # Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor # XQ66+RH Bandar Baru Bangi, Selangor #

KakP Pisang Cheese 

Selain itu ada juga jualan oleh KakP Pisang Cheese di mana kami beli Pisang Keju dan Pisang Coklat.

Rasanya sedap tapi makan sekali-sekala bolehlah kerana Tedi lebih sukakan pisang goreng biasa. Pisang Goreng Cheese KakP ni dituang susu pekat manis di atasnya, mungkin ada pilihan untuk dituang susu pekat manis atau tidak. 

gambar seorang wanita sedang menggoreng pisang goreng di gerai menggunakan kuali besar.
KakP The Original Pisang Cheese. Kenapa bukan Banana Cheese? Atau Pisang Keju?
# Sunday, 15 September 2019, 18:35 # 20190915 # IMG_20190915_183513 # Xiaomi Redmi Note 5A # XQ66+QJ Bandar Baru Bangi, Selangor #

Lokasi

Ini adalah lokasi menggunakan Google Map. Pelik mungkin gambar dalam Google Maps ni gambar lama sebab papan tanda kedai tu sepatutnya Restoran Barra.