Bermula daripada mendengar lagu Taqwa nyanyian Opick menjadikan Tedi menggali apakah maksud Taqwa dan cuba berkongsi apakah maksud kalimah La ilaha illallah yang banyak diulang dalam lirik lagu Taqwa tersebut.
Seksyen: Maksud perkataan "taqwa", Maksud La Ilaha Illallah, Lirik lagu Taqwa nyanyian Opick, Bicara lirik lagu Taqwa, Kenangan dengan lagu Taqwa
Catatan ini hanya mengikut pemahaman Tedi, jika ada silap sila perbetulkan ya. Terima kasih.
Maksud perkataan "taqwa"
Taqwa adalah daripada perkataan bahasa Arab yang bermaksud "sedari Allah atau kebenaran", sering diterjemahkan sebagai "takut kepada Allah".
Al-Muttaqqin adalah gelaran kepada orang yang bertaqwa iaitu orang yang digelarkan Ibnu Abbas sebagai yang "orang yang beriman yang menghindari syirik dengan Allah dan yang mentaati-Nya", selalunya disimpulkan sebagai orang yang menuruti perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.
Maksud La Ilaha Illallah
La Ilaha Illallah terdiri daripada 4 perkataan iaitu:
- La = tiada / tidak
- Ilah = Tuhan
- Illa = melainkan / kecuali / selain
- Allah
Kalimah "La ilaha illallah" bermaksud "tiada tuhan selain Allah".
Lirik lagu Taqwa nyanyian Opick
Boleh dicari di YouTube dengan kata kunci Opick Taqwa
La ilaha illallah
La ilaha illallah
La ilaha illallah
La ilaha illallah
La ilaha illallah
La ilaha illallah
La ilaha illallah
La ilaha illallah
Ku bersujud pada-Mu
Dan pasrahkan diri di ke-Maha-an-Mu
Ku berlindung selalu pada dosa-dosa
Dan setiap salahku
Kau jagalah, lindungilah, cintailah aku
La ilaha illallah
La ilaha illallah
La ilaha illallah
La ilaha illallah
La ilaha illallah
La ilaha illallah
La ilaha illallah
La ilaha illallah
Setiap detik yang berlalu
Menghitung diriku
Bertanya padaku
Akankah sia-sia?
Bila akhir waktu datang memanggilku
Kau jagalah, lindungilah, selamatkan aku
Allah Allah Allah
Kau jagalah, lindungilah, selamatkan aku
Allah
La ilaha illallah
La ilaha illallah
La ilaha illallah
La ilaha illallah
Jagalah diriku, jagalah diriku
Lindungi, lindungi, lindungilah aku ini
Jagalah, cintai, lindungi, selamatkan
Ya Allah, Ya Allah
La ilaha illallah
Jagalah ya Allah
La ilaha illallah
Bicara lirik lagu Taqwa
Lagu ini secara tepat menceritakan mengenai peribadi seseorang yang takutkan Allah.
Dia mengulang banyak kali kalimah tauhid menunjukkan pengharapan kepada Allah.
Dia bersujud kepada Allah, bermakna dia menunaikan solat, ibadah khusus yang diperintahkan Allah. Dia berserah diri kepada kekuasaan Allah (ke-Maha-an-Mu). Dia berlindung kepada Allah daripada dosa-dosa dan salah, bermakna dia sedar dia lemah dan hanya Allah mampu mengelakkannya daripada melakukan dosa-dosa dan kesilapan.
dia meminta Allah jaga, lindungi, dan cintai dia, bermakna dia takut Allah tidak memandang dia.
Perangai orang yang bertaqwa ini diceritakan lagi sebagai orang yang selalu menghitung diri setiap masa, bertanya kepada diri adakah apa yang dia lakukan hanya perkara sia-sia? Dia takut semua itu takkan diterima untuk alam selepas kematian (bila akhir waktu datang memanggilku).
Selain itu dia banya mengulangi ungkapan semoga dijaga, dilindungi, dan dikasihi Allah.
Memang sah lirik lagu Taqwa ini menceritakan mengenai seorang muttaqqin.
Kenangan dengan lagu Taqwa
Master mula terdengar lagu Taqwa ni semasa ia dijadikan montaj musim haji di TV al-Hijrah, ketika itu Master balik bercuti ke Felda Palong 7 semasa belajar di Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor. Jadi mungkin ia berlaku di antara tahun 2002 hingga 2005.
Lagu Taqwa ini mempunyai lirik yang ringkas tetapi gaya sebutan kalimah La ilaha illallah oleh Opick itu benar-benar mengusik jiwa sampai terngiang-ngiang di telinga.
20190901
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.