Tokki diarahkan berpindah ke Felda Bukit Rokan Utara dan pemindahan barang-barang milik Tokki dipindahkan dari Felda sungai Lui ke Felda Bukit Rokan Utara menggunakan lori trailer milik FGV. Sebelum zaman FGV, lori ini di bawah kendalian FELDA Angkut.

Ini adalah kali kedua Tokki berkhidmat di Felda Bukit Rokan Utara, mungkin dipanggil semula atas permintaan rakan-rakan sejawat.

Proses pemunggahan barang-barang dibantu oleh jiran-jiran lama dan baru, dan juga peneroka di Felda Bukit Rokan Utara. 

gambar lori treller FGV untuk memindahkan barang
Barangan sedang dipunggah ke luar daripada sebuah lori treler FGV 18 tayar ketika Tokki berpindah tempat bertugas dari Felda Sungai Lui ke Felda Bukit Rokan Utara. Lori tailer ini sebenarnya adalah lori angkut kelapa sawit yang juga digunakan untuk membantu memindahkan barangan pegawai Felda semasa mereka bertukar tempat kerja.
# Saturday, 21 January 2017, 12:18 # 20170121 # DSC_7068 # Sony D2533 # Felda Bukit Rokan Utara, Gemencheh, Negeri Sembilan, Malaysia #

Lori treller adalah sebutan dalam bahasa Melayu untuk trailerTrailer adalah kenderaan yang tidak ada kuasa yang ditarik oleh kenderaan yang berkuasa, oleh itu trailer tidak hanya terhad kepada lori sahaja.

Lori treller yang digunakan untuk memindahkan barangan Tokki ini adalah lori treller 18 tayar. Banyak betul tayarnya kan?