بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


 

Tempat yang kami lawati di Pulau Pangkor adalah seperti:

  1. Kilang Hasil Laut Pak Su
  2. Kota Belanda

 

Kilang Hasil Laut Pak Su

Tentunya salah satu destinasi tumpuan di Pulau Pangkor adalah kilang hasil laut. Nasib kami agak baik kerana terserempak dengan Kilang Hasil Laut Pak Su ni di tengah perjalanan menuju ke satu kilang hasil laut yang lain. Tak sangka rupanya ada kilang hasil laut Melayu Muslim, maka bolehlah umat Islam menikmati produk hasil laut tanpa was-was.

Ketika kami sampai di sana kurang pelanggan dan tidak kelihatan pun mana-mana teksi singgah. Mungkin teksi-teksi tersebut membawa pelancong ke kilang lain tanpa memikirkan kemaslahatan umat. Kami dapat singgah pun kerana kami sewa kenderaan untuk ronda Pulau Pangkor dengan memandu sendiri, jika tidak mungkin kami takkan menjejakkan kaki ke Kilang Hasil Laut Pak Su ni.

Pemandangan dari Kilang Hasil Laut Pak Su ini juga agak menarik.

gambar pemandangan laut dan perkampungan nelayan di Pulau Pangkor
Kembara Pulau Pangkor 2018 hari ke-2
Pemandangan kampung nelayan dari Kilang Hasil Laut Pak Su di Pulau Pangkor.
# Sunday, 30 December 2018, 13:18 # 20181230-1318 # DSC_6658-EFFECTS # Kamera telefon pintar Sony G3226 # Kilang Hasil Laut Pak Su Pulau Pangkor # 6HMF+8C Pulau Pangkor, Negeri Perak #
FishPro. Pusat Pemprosesan Hasil Perikanan (PPHP) Persatuan Nelayan Kawasan Pulau Pangkor. Pusat ini menjadi pusat Hasil Laut Pak Su Pulau Pangkor.
# Sunday, 30 December 2018, 13:49 # 20181230-1349 # DSC08090 # Kamera Digital SLR SONY ILCE-5000 # Hasil Laut Pak Su Pulau Pangkor # Jeti Sungai Pinang Kecil Baru, 32300 Pangkor Island, 32300 Pangkor Island, Perak # 6HMF+9F Pulau Pangkor, Negeri Perak #
Gambar ikan bilis Pulau Pangkor
Pelbagai jenis ikan bilis yang dijual di Hasil Laut Pak Su di Pulau Pangkor. Ikan bilis memang sedap dimasukkan sebagai rencah dalam masakan Melayu seperti nasi lemak. Malah ikan bilis yang bagus sudah terasa kelazatannya walaupun hanya digoreng dan diratah begitu sahaja. Di Hasil Laut Pak Su ni kita boleh mencuba rasa ikan bilis yang telah digoreng. Memang sedap sehinggakan nak ulang cuba rasa ikan bilis goreng tersebut. # Sunday, 30 December 2018, 13:49 # DSC08093 # SONY ILCE-5000 # Jeti Sungai Pinang Kecil Baru # gambar Pulau Pangkor # hasil laut Pak Su Pulau Pangkor #
gambar produk Hasil Laut Pak Su
Sate Ikan Pak Su Rasa Pedas Manis dijual pada harga RM 3.50 sebungkus dan RM 10 untuk 3 bungkus. # Sunday, 30 December 2018, 13:58 # DSC08104 # SONY ILCE-5000 # Hasil Laut Pak Su Pulau Pangkor # Jeti Sungai Pinang Kecil Baru, 32300 Pangkor Island, 32300 Pangkor Island, Perak # 6HMF+9F Pulau Pangkor, Negeri Perak #

Kota Belanda

Kota Belanda adalah saki-baki bangunan batu yang masih tinggal kononnya dulu dibina untuk menyimpan hasil bijih timah Negeri Perak. Tedi macam tak berapa nak percaya sebab ruang simpanan timahnya itu kecil sahaja. Tetapi ada catatan menyatakan bahawa lubang itu telah ditimbus untuk mengelakkan kemalangan ke atas pelancong yang mengunjungi Kota Belanda Pulau Pangkor ini.

Gambar Aina sedang bergaya di Pulau Pangkor
Animasi Aina posing di Kota Belanda.
# Sunday, 30 December 2018, 15:37 # 20181230 #  DSC08192-ANIMATION # SONY ILCE-5000 # 6H2G+68 Pulau Pangkor, Negeri Perak # gambar Pulau Pangkor #

~ kemaskini 20210905 paparan 12 bulan terakhir 30 ~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih