Sejak dibuka, Plaza Tol Southville City kini menjadi laluan utama kami apabila hendak ke Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Utara Selatan. Jika sebelum ini kami perlu menggunakan Plaza Tol Nilai untuk memasuki Lebuhraya Utara Selatan, kini kami ada pilihan yang lebih baik dengan jarak yang lebih pendek di mana kami dapat jimat 10 kilometer jarak perjalanan.
Sebelum itu juga, laluan utama kami untuk ke Kuala Lumpur adalah dengan menggunakan Lebuhraya Maju (MEX) yang kini semakin sesak ditambah dengan jaraknya yang jauh.
Kadar tol dari Southville ke Kuala Lumpur ialah MYR 2.10 (dua Ringgit Malaysia dan sepuluh sen sahaja). Kami juga selalu menggunakan Tol Southville ini untuk ke Bandar Baru Bangi dengan kadar tol 40 sen.
Sebagai perbandingan kadar tol melalui MEX ialah MYR 3.50 (tiga Ringgit Malaysia dan lima puluh sen sahaja).
# Friday, 11 October 2019, 21:30 # IMG_20191011_213020 # Kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A #
Tambah Nilai Touch 'n Go Percuma
Lebuhraya PLUS kini tidak menyediakan lorong tol tambah nilai kad Touch 'n Go (TNG) kerana mereka telah sediakan perkhidmatan atau kemudahan tambah nilai kad TNG di sepanjang lebuhraya mereka. Salah satu perkhidmatan tambah nilai TNG adalah dengan menggunakan mesin kios layan diri. Mesin ini disediakan di Plaza Tol Southville City. Selain mesin kios layan diri, pengguna lebuhraya PLUS boleh tambah nilai kad TNG mereka di stesen minyak di sepanjang lebuhraya.
Ramai juga yang menggunakan mesin ini dan selalunya makcik cleaner di Plaza Tol Suthville City ni yang akan memberi tunjuk ajar. Makcik tu kata ramai orang complaint susah nak guna mesin tu, padahal bagi makcik tu sungguh mudah. Hal ini membuatkan Tedi terfikir bahawa rakyat Malaysia ni banyak sangat mengadanya, makcik cleaner itu pula lebih menghargai dan pandai menggunakan kemudahan yang disediakan.
Bukan susah sangat pun cara guna mesin layan diri tambah nilai kad TNG ni, masukkan kad TNG, masukkan duit, tekan setuju, tunggu sampai urusan selesai baru angkat kad TNG tu. Ada yang Tedi perasan tak sabar-sabar angkat kad TNG tu sebelum sempat mesin kiosk tu masukkan duit dalam kad, kalau tak masuk baki baru tu, baru padan dengan muka.
* alat pemadam api * reload your Touch 'n Go card here * self-service kiosk (SSK) * reload here no reload fee * bilik stor *
# Monday, 7 January 2019, 19:58 # IMG_20190107_195845 # Kamera telefon pintar XiaomiR Redmi Note 5A #
Pintu Masuk ke Bandar Southville
Sesuai dengan namanya, Plaza Tol Southville City adalah pintu masuk ke Bandar Southville di mana macam-macam ada. Cuma belum ada stesen minyak. Jadi jika anda dalam perjalanan dari atau ke Kuala Lumpur dan tak menyempat nak cari tandas ka, tempat makan ka, boleh keluar di sini. Walaupun tiada RNR, tetapi ada kemudahan di Plaza Tol Southville City seperti surau, tandas, dan bilik persalinan bayi.
Kedai makan tiada tetapi di Bandar Southvillle ada banyak kedai makan dan lorong masuk ke bandar ini betul-betul selepas tol. Bukan setakat kedai makan, kedai runcit ada, malahan kedai kelengkapan haji pun ada... hehe... Restoran segera seperti KFC, McDonald's, Burger King, Pizza Hut, Dominos dan sebagainya Tedi tak perasan sebab Tedi baru sekali masuk bandar ni.
Bilik Tukar Lampin Bayi
Bilik ni dah jadi tempat persinggahan Aina dan Aidan apabila mereka melepas. Kemudahan bagus cuma tempat baring bayi tiada alas, dan paip terlalu pendek. Mungkin kerana bilik ini berkongsi dengan tandas OKU maka rekaannya tidak sepenuhnya untuk bayi.
Surau yang Luas
Salah satu sebab orang ramai suka berhenti di sini adalah untuk menunaikan solat. Suraunya luas. Kekurangan mungkin cuma lantai tempat wudhu bertakung air.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.