Secara logiknya Tapak Sulaiman adalah ikan kerana namanya dalam Bahasa Inggeris ialah starfish. Ikan boleh dimakan tetapi tidak semua ikan boleh dimakan. Tambahan pula kita takut kena sengat dengan Tapak Sulaiman, macam mana pula boleh kita memakannya?

Inilah kajian Tedi tentang makan Tapak Sulaiman:

Adakah Tapak Sulaiman boleh dimakan?

Ya, secara teknikalnya Tapak Sulaiman boleh dimakan. Seagull boleh makan keseluruhan Tapak Sulaiman, akibatnya najisnya penuh dengan pasir berwarna ungu.

Saudara kepada Tapak Sulaiman iaitu sea urchin boleh dimakan dan menjadi pilihan di restoran sushi. Isinya lebih mudah dikaut berbanding Tapak Sulaiman.

Ada manusia makan Tapak Sulaiman yang digoreng sebagai satay di Beijing.

gambar tapak Sulaiman digoreng garing sebagai makanan manusia di China
Gambar Tapak Sulaiman yang digoreng garing untuk dijadikan makanan manusia. Sumber: https://www.pinterest.com/pin/193303008979378707 

Bagaimana rasa Tapak Sulaiman?

Rasa Tapak Sulaiman adalah seperti rasa otak ketam sungai. Tak pernah makan otak ketam sungai? Tedi pun tak pernah, wakakakakkaa.

Bagaimana makan Tapak Sulaiman?

Pecahkan kulit luarnya menggunakan playar atau pemecah ketam, dan di dalamnya terdapat isi berwana kelabu. Bahagian inilah yang dimakan.

Bagaimana masak Tapak Sulaiman?

Panaskan air bergaram di dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan Tapak Sulaiman ke dalam air mendidih tersebut dan biarkan di antara 5 hingga 8 minit. Keluarkan Tapak Sulaiman tersebut dari air rebusan tersebut dan biarkan sejuk. Terbalikkan Tapak Sulaiman itu dan kupas tiap kakinya untuk nampakkan isi Tapak Sulaiman yang telah direbus itu.

Cara kedua adalah dengan menggoreng Tapak Sulaiman yang ingin dinikmati sehingga garing dan kemudian dimakan bahagian dalamnya yang lembut.

Adakah Tapak Sulaiman berbisa kepada Manusia?

Ada sebahagian Tapak Sulaiman yang berbisa kepada manusia. Tapak Sulaiman tidak menyerang manusia tetapi Tapak Sulaiman akan menyengat manusia dengan sengatan berbisa jika manusia terpijak atau tersilap pegang Tapak Sulaiman.