Banyak tugasan Tedi yang memerlukan Tedi untuk menggantikan hujung beribu perkataan dengan koma untuk kegunaan tertentu.

Takkanlah Tedi nak letakkan satu-persatu?

Maka Tedi pun memilihlah untuk menggunakan jalan ringkas yang boleh dicapai menggunakan aplikasi Notepad++.

Cara-cara Menggantikan Hujung Perkataan dengan Koma menggunakan Notepad++

Buka dialog find and replace (tekan CTRL+H).

Kemudian pilih "Regular expression" pada bahagian 'Search Mode' di sebelah bawah.

Pada medan "Find what" masukkan ini: [\r\n]+

Pada medan "Replace with" masukkan tanda koma: , 

Ada satu ruang kosong selepas tanda koma tersebut. Ini contoh jika nak guna koma, jika nak digantikan dengan simbol lain boleh juga.

Proses ini turut melibatkan baris kosong maka lebih baik buang dahulu baris kosong.

Jika ada ruang kosong, lebih baik dibuang dahulu dengan menggunakan peralatan yang disediakan, iaitu:

EDIT -> Blank Operations -> Trim Trailing Space

atau

TextFX -> TextFX Edit -> Trim trailing spaces

Pastikan bahawa "Search Mode" ditetapkan sebagai "Regular expression".


Ditaip pada 15 November 2019, artikel ini adalah berkenaan teknik menggunakan aplikasi Notepad++ untuk menggantikan hujung perkataan dengan tanda koma. Notepad++ ada peralatan sumber terbuka untuk menyunting teks.