Selamat Datang di Pulau Nami

Ucapan "Selamat Datang di Pulau Nami" mengalukan kedatangan para pelancong dari 3 buah negara berbahasa Melayu iaitu Indonesia, Malaysia dan Singapura, menunjukkan betapa celiknya dan pandainya kerajaan Korea Selatan menarik pelancong ke Pulau Nami ini.
Bahasa Melayu tidak asing di negara-negara yang menjadi tumpuan pelancong Malaysia di Asia mungkin kerana kegemaran orang Malaysia suka membeli-belah. Kebolehan berbahasa Melayu akan membantu melariskan jualan mereka.
Kelihatan juga arca abstrak dan deretan bendera negara ASEAN.
# Saturday, 10 May 2014, 16:39 # 20140510-IDAZZ-ILCE5000 Korea (568).JPG # SONY ILCE-5000 # Pulau Nami, Korea Selatan #

Zip-wire Jara-Nami Skyline

Lama juga Tedi mencari maklumat mengenai bangunan ni, akhirnya ketemui juga, almaklumlah Mummy tidak pernah bercerita tentangnya.
Zip-wire ni membolehkan kita menyeberang ke dua buah pulau iaitu Pulau Nami dan Pulau Jara di Korea Selatan dari Tanah Besar.
Boleh dikatakan wajib dicuba. Pandai juga diorang ni buat benda alah ni sambungkan 3 tempat, maka terpaksalah naik kurang-kurang 2 kali.

# Saturday, 10 May 2014, 17:16 # 20140510-IDAZZ-ILCE5000 Korea (647).JPG # Lokasi : 144-12 Daljeon-ri, Gapyeong-eup, Gapyeong-gun, Gyeonggi-do, Korea Selatan # RG3G+J7 Gapyeong-gun, Gyeonggi, Korea Selatan #