بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Warung Che Lan adalah sebuah kedai makan di Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Malaysia.
Master pada awalnya hanya minum sahaja di ketika mendobi di Laundrybar Taman Seroja. Master mula makan atau membeli makanan di Warung Che Lan ni pada hari raya Aidil Fitri 2019 apabila kebanyakan kedai makan lain di Bandar Baru Salak Tinggi ni masih tutup bercuti. Ketika itu Mummy sedang berpantang di Kelantan setelah selamat melahirkan Aidan.
Rezeki mereka, sejak itu kami mula membeli makanan di sini melalui panggilan telefon. Mereka tidak menghantar makanan, tetapi boleh tempah melalui panggilan telefon untuk jimatkan masa. Sampai sahaja di sana terus ambil makanan dan balik.
Nombor telefon Warung Che Lan terbaru: 011-3703 7951
Nombor telefon pada menu makanan terbaru kedai makan Warung Che Lan Tom Yam Kelapa. Kamarul : 018-3731016, Lan: 018-3945433. # Thursday, 9 July 2020, 21:48 # IMG_20200709_214847.jpg # Xiaomi Redmi Note 5A # https://goo.gl/maps/2wb5eQGfAEAFAiZ38 #
Menu Makanan Pilihan Master
- Kuew Tiaw Kung Fu
- Master susah nak pesan Kuew Tiaw Kung Fu di sebarangan kedai makan, hanya kedai makan yang telah memperolehi kepercayaan Master sahaja akan menerima pesanan ini.
- Ternyata Kuew Tiaw Kung Fu di kedai makan Warung Che Lan ini tidak mengecewakan.
- Kuew tiaw bersalut telur digoreng garing, manakala makanan laut dalam kuah Kuew Tiaw Kung Fu itu tidak hanyir.
- Nasi Goreng Ikan Masin Daging
- Master tak berapa gemar makan ayam, maka Master selalu pesan Nasi Goreng Ikan Masin Tak Nak Ayam yang akhirnya difahami oleh tukang masak sebagai Nasi Goreng Ikan Masin Daging.
Gambar seekor kucing berwarna kuning di Warung Che Lan Tomyam Kelapa Muda.
# Friday, 30 August 2019, 21:14 # 20190830 # EFFECTS # Kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A # RPHH+8X Sepang, Selangor # Lokasi: https://goo.gl/maps/SQTY8MHxbFsYrdXN7
# Friday, 30 August 2019, 21:14 # 20190830 # EFFECTS # Kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A # RPHH+8X Sepang, Selangor # Lokasi: https://goo.gl/maps/SQTY8MHxbFsYrdXN7
Menu Makanan 2019
Gambar kulit menu makanan yang dijual di Warung Che Lan. Tomyam Kelapa Muda. Menu hidangan ini adalah menggunakan helaian kertas yang di-laminate.
# Friday, 30 August 2019, 21:11 # IMG_20190830_211136 # Xiaomi Redmi Note 5A #
# Friday, 30 August 2019, 21:11 # IMG_20190830_211136 # Xiaomi Redmi Note 5A #
Warung Che Lan Taman Seroja * Relax Santai Keropok Lekor Asli * Ada dijual di sini * sedap sengoti boh * Enjoy our food * Menu Makanan * Enjoy our drinks * Menu Minuman * Radix * Menu Baru # Friday, 30 August 2019, 21:12 # 20190830 # IMG_20190830_211215.jpg # Xiaomi Redmi Note 5A # Lokasi: https://goo.gl/maps/KCuHTeL8jbB4N7bd6 #
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.