Tedi baru sahaja beli sebuah perangkap tikus dari kedai Eco di AEON Mall Nilai. Tedi bercadang nak memasang perangkap tikus ni kerana Tedi syak ada tikus menyerang rumah kami. Ini adalah kerana apabila kami pulang ke rumah kelihatan bakul sampah berterabur dan ada masa makanan seperti roti jatuh dari tempatnya dan koyak di sana-sini.
Kandungan: Apakah Umpan Terbaik Diletakkan Pada Perangkap Tikus? | Cara Pasang Perangkap Tikus | Mangsa Pertama Percubaan Ketiga | Mangsa Kedua Percubaan Keempat | Berapa Ekor Tikus ada di rumah kami?
Sebelum ni Master ada letakkan perangkap tikus jenis gam tapi tiada apa-apa terjadi. Kali ini Tedi beli perangkap tikus yang boleh menyepit tikus tu. Tak tahulah siapa yang bakal membuang bangkai tikus itu jika benar ada tikus tersepit pada perangkap tikus tersebut. Hihi.
Tiada Racun, Tiada Bau. No poison, no smell. Selamat dan berkesan. Safe and effective. 2 perangkap. 2 traps. # Wednesday, 10 April 2019, 22:01 # IMG_20190410_220119 # Xiaomi Redmi Note 5A #
Sebelum memasang perangkap tikus tersebut, Tedi perlu mencari beberapa jawapan untuk melengkapkan ilmu di dada kerana orang tua-tua berkata "Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan dicuba".
Persoalan pertama yang perlu dijawab ialah umpan yang perlu digunakan.
Apakah Umpan Terbaik Diletakkan Pada Perangkap Tikus?
Makanan manis dan berlemak adalah makanan kegemaran tikus. Contohnya mentega kacang, keju lembut, dan makanan kucing basah. Secara umumnya, sejumlah kecil umpan yang melekit akan berhasil membuatkan seekor tikus menjadikan perangkap tikus anda sebagai sasaran.
Letakkan pada perangkap tikus anda umpan seperti mentega kacang, bacon, buah-buahan, sayur-sayuran, cereals, atau daging.
Setelah beberapa kali mencuba kami mendapati bahawa benda yang boleh dijadikan makanan tikus untuk perangkap tikus adalah:
- sisa ayam goreng
- roti Gardenia Butterscotch
- cereals coklat
Susunan makanan untuk perangkap tikus di atas adalah mengikut kepantasan tikus dapat ditangkap untuk setiap umpan yang dipasang.
Cara Pasang Perangkap Tikus Jenis Kepit
Setelah beberapa kali mencuba akhirnya kami menemui beberapa perkara penting ketika memasang perangkap tikus jenis kepit ni.
- Ikat umpan menggunakan getah - supaya tikus tidak dapat melarikan umpan.
- Pastikan besi penahan tidak tersangkut - kami dapati bahawa besi penahan akan tersangkut menyebabkan perangkap tidak terpelanting, oleh itu ketika memasang kena pastikan bahawa besi itu boleh bergerak bebas. Paling penting cuba dahulu selepas dipasang. Jangan diuji dengan jari sendiri, ujilah dengan batang penyapu!
- Jaga jari anda - hati-hati jangan tersepit jari sendiri, boleh bengkak dibuatnya jika tidak luka.
- Letakkan perangkap di kawasan kehadiran tikus - sama ada dengan melihat sendiri tikus itu hadir ke situ, atau melalui najisnya. Kami meletakkan perangkap tikus kami berhampiran mesin basuh.
- Jauhkan perangkap yang telah dipasang dari kanak-kanak - untuk mengelakkan kemalangan lebih baik perangkap tikus itu dileraikan pada waktu siang dan dipasang semula pada waktu malam kerana tikus selalunya aktif pada waktu malam.
Mangsa Pertama Percubaan Ketiga
Hari ini 20200121, setelah 2 hari memasang perangkap tikus tanpa membuahkan hasil, di mana percubaan pertama umpan cereal coklat hilang begitu sahaja tanpa meledakkan perangkap tikus tersebut. Ini bermakna cereal coklat adalah sesuai dijadikan makanan tikus untuk perangkap tikus.
Percubaan kedua pula menyaksikan perangkap tikus tersebut diledakkan, tetapi tidak mengena, menggunakan umpan roti Gardenia Butterscotch.
Percubaan ketiga baru megena setelah Master mengikat umpan roti Gardenia Butterscotch dengan getah menyebabkan umpan itu tidak mudah dilarikan. Tikus tersebut terbunuh setelah lehernya tersepit, dan perangkap itu mengena tidak sampai sejam diletakkan.
Ini menunjukkan bahawa cereal coklat dan roti Gardenia Butterscotch adalah makanan kegemaran tikus.
Mangsa Kedua Percubaan Keempat
Waktu malam 20200122, seekor lagi tikus menjadi mangsa kepada perangkap tikus kami menggunakan umpan roti Gardenia Butterscotch yang sama yang digunakan kepada mangsa pertama. Tedi merasakan umpan ini adalah pilihan pertama kami sebagai makanan untuk perangkap tikus.
Ini agak memberangsangkan kerana Tedi pernah berputus asa dengan perangkap tikus berharga MYR 2.10 (dua Ringgit Malaysia dan sepuluh sen) itu. Tidak sangka, sedikit ubahsuai telah menjadikannya berkesan menangkap tikus. Tedi berasakan pembelian perangkap tikus ini amat berbaloi.
Pada 20200123, tiada tikus yang menjadi mangsa menyebabkan Tedi sedikit kecewa. Sepatutnya Tedi gembira atau kecewa? Tedi tak pasti. Sepatutnya gembira kerana mungkin tiada tikus lagi. Atau patut bersedih mungkin kerana tikus sudah tahu mengelakkan perangkap tikus kami?
Berapa Ekor Tikus ada di rumah kami?
Ketiadaan tikus yang terperangkap dalam perangkap tikus yang Tedi sediakan menyebabkan Tedi berfikir... cukupkah dapat tangkap 2 ekor tikus? Berapakah bilangan sebenar tikus di rumah kami?
Pencarian Tedi di dunia maya mencadangkan bahawa seekor tikus mampu melahirkan bayi tikus sebanyak 6 hingga 8 ekor di setiap sarang, kadangkala boleh mencecah 10 ekor. Masalah besar berkenaan tikus ialah seekor tikus mempunyai banyak sarang menyebabkan sepasang tikus jantan dan betina mampu menghasilkan sehingga 40 ekor bayi tikus dalam masa setahun!
Tedi baru tangkap 2 ekor! Betulkah ada banyak lagi tikus di rumah kami? Jika benar, di manakah mereka bersembunyi?
20190410, 20200119, 20200121, 20200122
2 Ulasan
Oh pasni boleh beli makanan kucing basah. Mak ayah selalu letak kepala ikan yg digoreng tu ja 😁
BalasPadamBelum dapat lagi. Tengah tunggu yang pertama ni.
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.