Sensor trigger alarm ke ADT walaupun tiada sebarang masalah

Ada yang mencadangkan mungkin tikus yang mencetuskannya, tetapi sensor yang mencetuskan penggera itu berubah-ubah sentiasa, dan berlaku tidak tetap masa.

Prolog

Sebelum pindah masuk ke rumah baru, perkara pertama yang Master lakukan di antaranya adalah hubungi ADT untuk melanggan perkhidmatan mereka.

Technician pun datang dan pasang semua sensor dan panel kawalan yang diperlukan. Pemasangan ini dilakukan semasa rumah baru kami belum menjalani proses ubahsuai (renovation).

Kami memang merancang untuk melakukannya sebelum rumah diubahsuai kerana kami mahukan kabel-kabel ADT itu dimasukkan ke dalam dinding yang mana memerlukan dinding ditebuk.

Siaplah pemasangan ADT tersebut...

Proses Ubahsuai Rumah Bermula

Rumah kami pun mula diubahsuai... mana-mana dinding yang ditebuk ditampal semula menggunakan simen kapur.

Kemudian tiba-tiba sahaja kejadian aneh mula menghantui kami. Kami masih belum duduk di rumah baru itu. Kami masih tinggal di Desa Mentari. Rumah baru itu kami tinggalkan dengan penggera ADT dipasang.

Bermula episod pusat khidmat ADT menghubungi kami, katanya penggera rumah kami berbunyi! Jika Master menjawab panggilan itu, Master meminta mereka memantau keadaan terlebih dahulu.

Tetapi pernah satu ketika cetusan penggera itu berlaku pada awal pagi, ketika Master masih tidur. Oleh kerana Master tidak menjawab panggilan telefon, ADT telah meminta bantuan Polis untuk memeriksa rumah kami.

Mengikut cerita jiran kami kepada Master, dia kehairanan menyaksikan kereta peronda Polis datang ke rumah kami dan merenung rumah baru kami itu. Kerana pada ketika itu keadaan sunyi sepi, ternyata tiada penggera berbunyi!

Jadi, apakah cetusan penggera itu?

Master akhirnya meminta bantuan teknikal ADT. Hadirlah seorang pakcik tu memeriksa semua penggera di rumah baru kami. Akhirnya dia memeriksa panel kawalan. Di sana dia menemukan panel kawalan itu telah berlaku lintar pintas. Ternyata air bancuhan simen telah menitis ke atasnya dan memasuki panel kawalan itu.

Pakcik itu menggantikan panel kawalan itu, tanpa sebarang bayaran.

Sejak itu, penggera ADT kami tidak lagi mencetuskan false alarm.


20130603