Mata ini

Menatap kata-kata

Di atas kertas usang kekuningan

 

Satu dolar satu peluru

Sumbangan muslimin

Membunuh saudaranya di bumi Palestin

 

Aku memahamkan kalimat tercoret rapi

Di atas kertas usang kekuningan

Satu dolar satu peluru

Adakah kita terlibat???

Dalam tindakan kezaliman zionis

Di bumi anbiya bumi palestina

Tubuh layu keguguran

Satu dolar satu peluru

Hasilnya darah membasahi bumi

Alangkah sedihnya

 

Tidakkah kau dengari mereka bernyanyi?

Lagu duka meluahkan kesedihan hati

Ku merenungi hari-hari

Beruntungkah diri ini

Kerna gembiranya hati

 

Hingga melupakan saudara yang jauh di sana

Bertarung nyawa mengemis akan haknya

Satu dolar satu peluru

Sokongan membunuh

Dalam keriangan kita di sini

Lontaran batu berbalas peluru

Siapakah pengganas sebenarnya?

Siapakah akan mendengari rintihan mereka?

Sedangkan kita turut menyumbang dana

Menikmati makanan enak di sini

Mengahayati hiburan melalaikan

Satu dolar satu peluru

Itulah realiti

Sumbangan buat israel la'natullah

 

Oh aku ingin menunjukkan sokongan

Walau hanya dengan mengikat perut

Oh aku ingin menunjukkan sokongan

Walau hanya dengan dituduh kolot

 

[Master of Tedi | Monday, December 10, 2007, 5:56:13 PM | Universiti Multimedia Cyberjaya]


 Coretan ini diterbitkan pada 20200305.