Telah kita diberitakan |
- Allah Subhanahu wa ta'ala telah banyak kali memperingatkan kita melalui risalah-Nya dan Rasul utusan-Nya mengenai Hari Kiamat.
|
Akan tibanya hari kedatangan |
- "Hari kedatangan" adalah salah satu panggilan kepada Hari Kiamat merujuk kepada hari yang dijanjikan akan datangnya kemusnahan.
- Selain itu ia dikenali sebagai "Hari Kehancuran", "Hari Kemudian", "Hari Perhitungan" dan beberapa nama yang lain.
|
Musibah melanda semesta alam |
- Semasa Hari Kiamat, alam akan hancur musnah.
|
Tiada siapa yang dapat menghalang |
- Dan pada masa itu takkan ada siapa pun dapat menghalang kemusnahan yang berlaku.
|
|
|
Bila manusia telah lupa, sujud menyembah kepada Yang Esa |
- Hari Kiamat ini akan berlaku pada masa kejahatan bermaharajalela, iaitu selepas kewafatan Nabi Isa A.S dan Imam Mahadi.
|
Dosa pahala tak dihiraukan lagi, hati telah gelap hilang cahaya |
|
|
|
|
|
|
|
Lalu berbunyi sangkakala membelah langit |
- Tanda bermulanya kiamat adalah dengan tiupan sangkakala yang akan menggegarkan bumi atau dikenali dengan tiupan sangkakala pertama.
|
Gegak gempita masing-masing berlindung diri |
- Apabila mendengar tiupan sangkakala itu, semua makhluk akan cuba mencari perlindungan dan cuba menyelamatkan diri masing-masing.
|
*** |
|
Ibu kehilangan anak di kandungan |
Ketika itu, ibu pun dah tak hiraukan anak dalam kandungannya kerana ketakutan terhadap azab yang menjelma depan mata.
Ketika ini cintan-cintun tak main dah, 100 percent cintaku pun entah ke mana. |
Bintang yang di langit pun berguguran |
Planet-planet akan tergelincir daripada paksi mereka dan menghentam sesama sendiri, termasuklah bumi. |
Kala itu taubatmu tidak berguna lagi |
Salah satu masa tidak diterima taubat adalah semasa berlakunya Kiamat. |
|
|
Bila tibanya hari pengadilan |
Selepas Hari Kiamat, sangkakala kedua akan ditiupkan yang menghidupkan mereka yang mati. |
Di Padang Masyar kita dihimpunkan |
Selepas itu semua kita akan dihimpunkan di Padang Mahsyar untuk dihitung amalan |
Akan dihitung segala amalan |
|
Seperti mana yang telah diwahyukan |
|
|
|
Wahai muslimin umat semua |
|
Kembalilah kita kepada Allah |
|
Hindarkan diri dari dosa-dosa |
|
Agar di sana tiada penyesalan |
"Di sana" bermaksud Hari Akhirat. |
|
|
Bila matahari terbit dari barat |
Salah satu tanda Kiamat adalah terbitnya Matahari dari arah barat dan ini adalah tanda kiamat kubra (besar) yang mana ketika ini taubat juga takkan diterima. |
Kala itu taubat tak berguna lagi |
|
|
|
|
|
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.