Hari ini masalah macam-macam dalam IntelliJ IDEA ni.
Masalah bermula dengan IDE tunjuk error tak jumpa satu constant, padahal constant tu dah ada dalam library v93, dalam build.gradle pun memang dah set v93, tapi kelihatan macam kod tu baca v91.
Pening memikirkan masalah ni akhirnya Tedi tertidur.
Masalahnya projek boleh sahaja build dan deploy guna Gradle, masa nak run unit test dekat Intellij IDEA je ada masalah.
Pada pagi hari seorang kawan kata mungkin project Tedi dah corrupted, maka dia kata delete je folder .idea dan buka balik projek tu.
Setelah re-open projek tersebut dapat pula error gradle "could not find method leftshift() for arguments gradle". Tedi tahu masalah ni kalau guna Gradle version baru untuk run script Gradle version lama sebab method << tu dah deprecated.
Masalahnya Tedi memang gunakan Gradle 4.10, sepatutnya tiada masalah itu kerana versi ni memang telah lama ketinggalan zaman.
Akhirnya Tedi pergi ke Settings dan cari Gradle, nampak gaya Gradle tidak setup Gradle untuk projek ni. Setelah Tedi setup barulah berjaya build projek tersebut.
Karangan ini diterbitkan buat pertama kali pada 20200427.
2 Ulasan
wow... cerita programming... hahaha kena scroll balik cerita terdahulu baru boleh faham nih... hahaha
BalasPadamTiada cerita terdahulu ni... hehehe...
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.