Pro-11 adalah permainan video berasaskan pengurusan kelab bola sepak. Tedi main permainan video Pro-11 dalam komputer riba dengan sistem operasi Windows 10 di mana permainan ini boleh di-install menggunakan Microsoft Store.

Berikut adalah beberapa tips semasa bermain permainan Pro-11: Mentaliti PasukanTumpu SeranganFormasi dan Taktik Pasukan

Mentaliti Pasukan

  1. Bermain secara menyerang jika anda fikir pasukan bola sepak anda lebih bagus berbanding pasukan lawan.
  2. Bermain secara bertahan jika anda fikir pasukan lawan lebih hebat.
  3. Anda akan beroleh lebih banyak peluang untuk jaringkan gol jika bermain secara menyerang, dan sebaliknya.
  4. Tetapi jika anda bermain secara menyerang apabila bertemu pasukan lebih hebat, anda akan memberi pasukan lawan lebih banyak peluang menjaringkan gol.
  5. Bermain menyerang habis-habisan patut dilakukan hanya apabila pasukan anda ketinggalan pada lewat permainan, ini adalah kerana taktik ini akan menjadikan pertahanan anda sangat lemah berbanding peluang menjaringkan gol.
  6. Jangan bermain secara "catenaccio" kecuali jika anda hanya mahukan gol anda tidak dibolosi. Taktik ini menyebabkan serangan pasukan anda terjejas teruk berbanding peningkatan kekebalan pertahanan anda. Guna taktik ini hanya di akhir perlawanan untuk menutup peluang lawan jaringkan gol. Catenaccio adalah taktik yang fokus kepada pertahanan, ia juga dipanggil sebagai taktik "rantai".

Tumpu Serangan

  1. Dalam permainan bola sepak anda boleh fokus kepada belah mana serangan dilakukan.
  2. Ada 4 strategi iaitu tumpu seimbang, tumpu tengah, tumpu kiri, dan tumpu kanan.
  3. Gunakan tumpu serangan apabila anda ada seorang pemain yang super hebat dan anda mahukan bola dihantar kepadanya.
  4. Atau apabila anda tahu bahagian mana pasukan lawan lemah.
  5. Tumpu serangan hanya mempengaruhi siapa terima bola, dan bukan siapa yang jaringkan gol.

<top>

Formasi dan Taktik Pasukan

  1. Tiada formasi yang terbaik.
  2. Formasi terbaik adalah formasi paling sesuai mengikut pemain yang anda ada, dan pasukan mana yang anda lawan.
  3. Penggunaan formasi mendatangkan salah satu daripada 2 faedah, iaitu tingkatkan keberkesanan serangan anda, atau untuk saingi taktikal lawan.
  4. Jenis serangan akan menentukan bagaimana pemain anda menggunakan kemahiran mereka untuk mencipta peluang atau untuk menjaringkan gol.
  5. Ada 5 jenis gaya serangan di samping "seimbang". Setiap jenis gaya serangan amat berbeza dan akan menentukan sama ada anda menang atau kalah.

 <top>