Selamat hari lahir ke-1, Aidan
Hari ini Aidan menyambut ulang tahun kelahirannya yang pertama.
Ambil barang Mummy di pejabat beliau
Setelah bergambar dan makan kek sedikit, kami bergegas ke pejabat Mummy di Menara TM, sebab Mummy nak ambil barang-barang beliau yang bersepah di pejabat. Khabarnya selepas Perintah Kawalan Pergerakan ni berakhir, Mummy tetap akan kerja dari rumah.
Kami pergi menaiki kereta Proton Persona, kerana insurans dan cukai jalan kereta Subaru XV telah luput.
Perjalanan ke pejabat Mummy agak tenang dan lancar dengan kurangnya kehadiran kenderaan di atas jalan. Hal ini menyebabkan Master hampir terlepas simpang kerana tidak cam simpang tu ketika tiada kereta. Selalunya sesak dengan kenderaan.
Beli kereta mainan Aidan di Kota Warisan
Selepas selesai mengangkat barang Mummy ke dalam kereta, kami bergerak pula ke Kota Warisan. Mummy nak tengok kereta mainan yang boleh dikawal menggunakan alat kawalan jauh tu yang boleh dinaiki oleh kanak-kanak tu.
Ada beberapa pilihan tetapi yang menjadi tumpuan kami adalah yang berbentuk Jeep kerana ia tampak lebih lasak dan lebih tahan lama. Ada dua jenis berharga RM 1200 dan RM 1800. Pergh mahal.
Kereta pula ada yang berharga RM 900, RM 700.
Untuk birthday boy mereka bagi diskaun 20% jika pembelian dibuat dalam bulan yang sama. Kami pilih Jeep RM 1200 tu dapatlah harganya RM 960. Yang tak berapa nak seronok ialah tiada warranty.
Nasib baik mereka sudi hantar Jeep tu, kalau tidak memang tak beli dah kot.
Sampai di rumah terus bagi Aidan main Jeep tu. Aina yang pada mulanya tak mahu naik akhirnya sibuk nak naik juga. Memang agak puas hatilah dengan prestasi Jeep mainan tersebut. Kini penuh garaj dengan sebuah lagi kereta... huhuhu...
Diterbitkan pada 20200529, karangan ini adalah mengenai aktiviti keluarga kami pada 20200528.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.