Beraya di perantauan?
Tak tahulah jika benar kami beraya di perantauan sebab kami hanya tidak dibenarkan beraya di kampung halaman, tapi masih beraya di rumah kami sendiri. Tahun ni bukan sahaja tak boleh balik kampung beraya, solat sunat Aidilfitri pun hanya dilaksanakan di rumah.
Bukan calang-calang amaran kerajaan tu, pihak Polis di-Raja Malaysia turut mengadakan sekatan jalan di jalan-jalan malahan di lebuhraya dan akan mengarahkan kenderaan melakukan pusingan-u jika cuba merentas negeri.
Dihalau Polis di Anjung Spotter
Sekitar jam 6 petang selepas solat Asar, kami sekeluarga keluar lagi, kali ini menuju Terminal Kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Mungkin kali ini usaha kami untuk bergambar raya akan berhasil.
Di sana kami memilih untuk singgah di Anjung Spotter, satu balai untuk pelawat meninjau pesawat berlepas dan mendarat. Sempatlah kami swafoto dan tangkap gambar sedikit, belum sempat pun set tripod, tengok-tengok datang kereta peronda Polis singgah di sana, dan membuat pengumuman menghalau kami agar beredar dari sana.
Pelik juga sebab sekarang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di mana kita boleh keluar beriadah jika tidak berkumpul ramai-ramai, bukannya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana kita tak boleh keluar langsung, kenapa tak boleh bergambar di sana, sedangkan ramai pula orang keluar "beriadah" di pasaraya?
Tapi abaikan sahajalah, mungkin abang polis tu stress sebab kena bekerja waktu raya, sama seperti kami yang stress tak boleh buat apa masa raya.
Aina main gincu bibir Mummy
Jam sudah menunjukkan jam 11:51 malam. Tiba-tiba suasana sungguh sunyi. Tiada kedengaran suara Aina, padahal Aina tiap masa bising je. Kalau Aina diam ni sama ada dia tidur, atau dia berak, atau dia ada benda lain yang cuba dijahanamkannya (atau disepahkannya). Ini yang orang tua-tua kata "ada udang di sebalik batu".
Master mencari Aina dan menemuinya sedang menyorok di belakang beg kekacang. Rupa-rupanya dia main gincu bibir Mummy, dilenyeknya pada bibirnya. Bila masa pula dia belajar guna gincu bibir ni?
20200524
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.