بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Alhamdulillah semalam Mummy telah selamat melahirkan Aidan di Hospital Universiti Sains Malaysia.
Maka hari ini kami membawa kakak Aidan ke wad Klinik Eksekutif Usains HUSM untuk melawatnya buat kali pertama. Klinik Usains ni jika kawan-kawan tak tahu adalah cabang swasta kepada Hospital Universiti Sains Malaysia.
Aina menyusun bongkah kayu
Sekejap sahaja Aina berada di dalam wad melawat Mummy dan Aidan, ini adalah kerana Aina ni tengah melasak dan dikhuatiri mencederakan Mummy yang baru menjalani pembedahan. Oleh itu Master membawa Aina keluar berjalan-jalan di sekitar kawasan Klinik Usains tersebut.
Aina menyusun bongkah kayu di Klinik Usains HUSM. Ironinya ujian inilah yang Aina gagal semasa pemeriksaan kesihatan di Klinik Paedatrik Hospital Putrajaya. Master bawa Aina berjalan di sekitar wad. Ini kali pertama Aina dibawa ke sini untuk melihat adiknya Aidan yang selamat dilahirkan semalam. # Wednesday, 29 May 2019, 13:03 # 20190529 # IMG_20190529_130309.jpg # kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A # Usains HUSM Executive Health Services Polyclinic & Ward # https://goo.gl/maps/t4uQxbdqCQmz2VjQ9 #
Aina memanjat batu
Aina melasak di luar Klinik Usains HUSM. Bercalar jugalah lututnya apabila dipanjatnya batu tu. Sebab inilah Aina dibawa berjalan-jalan di luar wad. Kerana lasaknya tak dapat nak dibendung. # Wednesday, 29 May 2019, 14:43 # 20190529 # IMG_20190529_144328.jpg # Kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A # Usains HUSM Executive Health Services Polyclinic & Ward # https://goo.gl/maps/m2yc1AtnMDtTDZWHA #
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.