بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Selalu ketika berada dalam kereta Tedi akan dapat melihat banyak kereta lain dengan akronim yang Tedi tak faham. Maka di sini Tedi catat beberapa akronim kereta yang telah Tedi kaji.
Alza
- Perodua: Alza dikatakan berasal daripada perkataan Sepanyol "alzar" yang bererti "naik". Nama ini terpilih melalui peraduan dalaman di antara kakitangan Perodua.
BLM
- Proton SAGA BLM: base line model (model asas) yang bermaksud ini adalah model kereta paling asas keluaran Proton. Maksudnya ia mempunyai harga paling murah dengan kelengkapan yang terhad. Sesuai untuk mereka yang perlu menggunakan kereta dengan bajet terhad.
BRV
- Honda BR-V: Bold Recreational Vehicle (Kenderaan Rekreasi Berani). Tak tahulah apa yang beraninya.
CRV
- Honda CR-V: Comfortable Runabout Vehicle (Kenderaan Jarak-Dekat Selesa) atau Compact Recreational Vehicle (Kenderaan Rekreasi Padat). Apa kes namanya ni? Macam tipu je ni. Nama pertama tu kira okaylah sebab CRV ni besar, jadi memang selesa untuk perjalanan jarak dekat atau tersangkut dalam kesesakan. Tapi kalau kata kenderaan kompak tu memang menipulah tu. Kan?
CVT
- continuously variable transmission
DVVT
- Daihatsu: Dynamic Variable Valve Timing.
GDI
- Gasoline direct injection (GDI), juga dikenali sebagai petrol direct injection (PDI), adalah sejenis formasi sistem campuran untuk enjin pembakaran dalaman menggunakan gasolin (petrol) di mana minyak terus disuntik ke dalam kebuk pembakaran.
- Gasoline direct injection = suntikan terus gasolin
- Petrol direct injection = suntikan terus petrol
GLE
- Mercedez: G adalah untuk G-Wagon, kelas SUV atau offroader bagi Mercedes. Kemudian kelas ini dinamakan semula dengan prefix GL. E pula adalah salah satu daripada kelas asas Mercedes (A, B, C, E dan S).
GT
- Gran Turismo atau Gran Touring: secara umumnya label ini digunakan pada kereta mewah jenis coupe yang fokus kepada kelajuan tinggi dan keselesaan.
GTI
- Grand Tourer Injection: kereta yang menggunakan direct fuel injection.
Hilux
- Toyota Hilux: Hilux adalah kependekan kepada gabungan dua perkataan iaitu "high" (tinggi) dan "luxury" (mewah). Hilux ditulis sebagai HiLux dan pernah juag ditulis Hi-Lux.
HR-V
- Honda HR-V: High Rider Vehicle (Kenderaan Penumpang Tinggi) - di mana HR-V adalah jelmaan kereta sedan yang ditinggikan melalui saiz tayar lebih besar,atau Hybrid Recreation Vehicle (Kenderaan Rekreasi Hybrid) - mungkin merujuk kepada gabungan SUV dan sedan.
FL
- Proton SAGA FL: facelift.
FLX
- Proton SAGA FLX: facelift extra, kesinambungan kepada Proton SAGA FL.
Myvi
- Perodua: nama Myvi dikatakan berasal daripada "My Vehicle", "My Vision", dan "Malaysian Vision".
R
- Volkswagen: R adalah kependekan kepada Racing.
R3
- Proton R3: Rally, Racing, Research. Unit khusus penyelidikan dan pembinaan kereta Proton berprestasi tinggi, selalunya untuk sukan Rally.
TGDI
- Pertama kali Tedi menemui singkatan nama ini adalah pada Proton X70, tetapi rupa-rupanya ia adalah teknologi dianggap terkini terutama untuk kereta keluaran negara China.
- Turbocharged Gasoline Direct Injection - teknologi pencas turbo digabungkan dengan suntikan terus gasolin (petrol).
TSI
- Turbocharged Stratified Injection
Type-R
- Honda Type R adalah edisi prestasi khas mana-mana model kereta Honda. Reka bentuk model Type R pada awalnya fokus pada perlumbaan, dengan penekanan pada pengurangan berat kereta, dan memaksimumkan potensi prestasi kereta.
STI
- Subaru: Subaru Technica International - adalah bahagian Fuji Heavy Industry yang mengkhusus dalam sukan permotoran. Ini adalah pasukan yang bekerjasama dengan Prodrive untuk memajukan Impreza WRX pertama pada awal 1990-an.
SV
- Proton: super value. Kereta dengan spesifikasi harga jimat.
XV
- Subaru: Tak ramai tahu bahawa Xavier Van Snickering adalah bapa kepada kenderaan crossover. Ketika Subaru membina Crosstrek, ia menamakannya dengan nama Xavier untuk menghormatinya, maka nama "XV" dipilih. Ini agak unik kerana X juga bermaksud cross, jadi XV boleh saja diterjemah kepada crossover vehicle. Tak hairanlah banyak crossover menggunakan huruf X pada nama mereka.
WR-V
- Honda: Winsome Runabout Vehicle. Winsome bermaksud menarik, manakala runabout adalah kereta, motorbot, atau kapal terbang ringan yang digunakan untuk perjalanan jarak pendek. Agak sesuai kerana sasaran kereta ini adalah SUV bersaiz kecil.
WRX
- Subaru mendakwa nama WRX bermaksud "World Rally eXperimental" atau ujikaji rally dunia. WRX adalah kenderaan pacuan empat roda untuk sukan yang dibangunkan oleh Subaru bermula daripada Subaru Impreza WRX yang menyertai World Rally Championship (Kejohanan Rally Dunia).
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.