Hari ini basikal yang Mummy beli di Shopee untuk Aina telah sampai. Basikal ini sebenarnya adalah hadiah hari lahir buat Aina sempena umurnya mencecah 3 tahun.

Gambar si Aidan sedang berposing depan basikal si Aina yang baru tiba hari ini. Suruh Aina berposing dengan basikalnya, memang jangan haraplah nak dapat. Itulah perbezaan di antara si adik dan kakaknya. Si adik pandai beraksi apabila nampak kamera, manakala si kakak pula sentiasa lari daripada kamera.
# Tuesday, 5 May 2020, 16:47 # 20200505 # IMG20200505164714 # Kamera telefon pintar OPPO Reno2 #

Basikal berwarna oren itu adalah pilihan Aina sendiri.

Sebenarnya Aina mahukan basikal berwarna merah jambu namun telah kehabisan stok.

Gambar aksi si Aina sedang cuba menunggang basikalnya yang baru sampai hari ini melalui Shopee. Kira okaylah Aina pandai kayuh basikal tetapi dia tak pandai nak kemudi basikal tersebut.
# Tuesday, 5 May 2020, 17:09 # 20200505 # IMG20200505170912 # Kamera telefon pintar OPPO Reno2 #

Karangan ini telah diterbitkan pada 20200508 adalah berkenaan kisah yang berlaku pada 20200505.


Surah Al-Burooj
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang; (1) 
Dan hari (pembalasan) yang dijanjikan; (2) 
Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu, serta segala keadaan yang disaksikan; (3) 
Celakalah kaum yang menggali parit, (4) 
(Parit) api yang penuh dengan bahan bakaran, (5)
(Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya, (6) 
Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang-orang yang beriman. (7) 
Dan mereka tidak marah dan menyeksa orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji! (8) 
Tuhan yang menguasai segala alam langit dan bumi dan (ingatlah), Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu. (9) 
Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab Neraka Jahanam (kerana perbuatan buruk itu) dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat). (10) 
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar. (11) 
Sesungguhnya azab Tuhanmu (terhadap orang-orang yang kufur ingkar) amatlah berat. (12) 
Sesungguhnya Dialah yang menciptakan (sekalian makhluk) pada mulanya dan yang mengembalikannya (hidup semula sesudah mati). (13) 
Dan Dialah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Pengasih. (14) 
Tuhan yang mempunyai Arasy yang tinggi kemuliaannya, (15) 
Yang berkuasa melakukan segala yang dikehendakinya. (16) 
Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal (kebinasaan yang telah menimpa) kaum-kaum yang menentang (Rasul-rasul yang diutuskan kepada mereka)? (17) 
(Mereka itu ialah kaum) Firaun dan Thamud (kaum Nabi Soleh). (18) 
(Kaummu wahai Muhammad, bukan sahaja menolak ajaranmu), bahkan orang-orang yang kafir itu terus tenggelam dalam keadaan mendustakan kebenaran; (19) 
Sedang Allah, dari belakang mereka, melingkungi mereka (dengan kekuasaanNya)! (20) 
(Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya; (21) 
(Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Luh Mahfuz. / (22)