All is Found adalah lagu daripada filem Frozen 2 yang menghantui diri Tedi. Tak tahulah kenapa melodinya terasa nostalgia?
Lagu ini dinyanyikan oleh Queen Iduna iaitu ibu kepada Elsa dan Anna semasa mendodoikan mereka. Ternyata dalam lagu dodoian ini terdapat panduan kepada Elsa mengenai sebuah sungai ajaib bernama Ahtohallan yang dikatakan mengandungi memori semua hidupan. Lagu ini memandu Elsa bagaimana menghadapi sungai ajaib Ahtohallan ni.
Lagu ini sebelumnya diwariskan kepada Queen Iduna daripada ibunya, dan kemudian di dalam filem Frozen 2 ini kelihatan lagu ini diketahui oleh semua kaum Northuldra.
Kenapa Tedi katakan lagu All is Found ini panduan buat Elsa, tidak termasuk Anna? Sebab Anna dah terlelap semasa lagu ini dinyanyikan.
Lirik "All is Found" dan terjemahan
Rangkap 1
Where the north wind meets the sea
Di mana angin utara bertemu lautan
There's a river full of memory
Terdapat satu sungai penuh dengan ingatan
Sleep, my darling, safe and sound
Tidurlah sayangku dengan selamat dan lena
For in this river all is found
Kerana dalam sungai ini semuanya diketemui
Rangkap 2
In her waters, deep and true
Pada airnya, dalam dan benar.
Lie the answers and a path for you
Terhampar jawapan dan jalan bagi dirimu
Dive down deep into her sound
Selami ke dalam bunyinya
But not too far, or you'll be drowned
Tetapi jangan terlalu jauh atau dirimu akan lemas
Rangkap 3
Yes, she will sing to those who hear
Ya, ia akan menyanyi buat yang mendengar
And in her song all magic flows
Dan dalam nyanyiannya semua keajaiban mengalir
But can you brave what you most fear
Tetapi beranikah engkau hadapi apa yang paling kau takuti?
Can you face what the river knows
Bolehkah kau hadapi pengetahuan sungai itu?
Rangkap 4
Where the north wind meets the sea
Di mana angin utara bertemu lautan
There's a mother full of memory
Ada seorang ibu penuh dengan ingatan
Come, my darling, homeward bound
Marilah wahai sayangku, menuju ke rumah
When all is lost, then all is found
Apabila semuanya hilang, semuanya diketemui.
Maksud Rangkap 1
Terdapat sebuah sungai di lautan di bahagian utara Arendelle. Sungai ini menyimpan ingatan atau kisah silam semua hidupan.
Maksud Rangkap 2
Di dalam sungai Ahtohallan ini ada jawapan tetapi perlu menyelam ke dalamnya untuk mengetahui semua kisah silam. Tetapi ada amaran jangan pergi terlalu jauh atau kita akan lemas. Masalahnya ialah jika Elsa ingin tahu dengan lebih mendalam, dia kena menyelam ke bahagian lubuk Ahtohallan.
Maksud Rangkap 3
Sungai Ahtohallan akan menyanyi memanggil siapa yang mendengar (mungkin buat mereka yang ada kuasa ajaib seperti Elsa sahaja). Di dalam nyanyian Ahtohallan ada kuasa ajaib.
Tetapi beranikah Elsa menghadapi ketakutannya? Mungkin ketakutan kepada kuasa ajaibnya, atau mungkin amaran buat Elsa bahawa tidak semua ingatan dalam air Sungai Ahtohallan itu indah belaka, kerana akhirnya Elsa dapat tahu bahawa datuknya adalah pengkhianat yang membunuh ketua kaum Northuldra.
Maksud Rangkap 4
Rangkap keempat ni agak memeningkan. Tetapi babak Frozen 2 menunjukkan Elsa dapat berjumpa dengan memori kaum ibu di Ahtohallan. Jadi Ahtohallan tu mungkin rumah buat mereka yang ada kuasa ajaib seperti Elsa.
Elsa hanya akan mengetahui semua rahsia apabila dia kehilangan semuanya, mungkin bermaksud setelah dia mati. Ya, Elsa mati dalam filem Frozen 2 ni, dan selepas itu dia mahir dengan kuasanya dan dirinya sebagai pemilik saka yang menghubungkan 4 saka yang lain.
Elsa kini penghubung di antara dunia saka dan dunia manusia.
Ditaip pada 20200523. Lirik "All is Found" daripada filem Frozen 2. Muzik dan lirik oleh Kristen Anderson-Lopez dan Robert Lopez. Dinyanyikan oleh Evan Rachel Wood sebagai Queen Iduna. Terjemahan sesuka hati oleh Tedi InterpretZZ.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.