Kandungan: Siapa Elsa? | Apakah itu Hentakan Elsa? | Jatuh cinta dengan Frozen?
Ini adalah kali kedua Aina menonton Frozen. Sekuel Frozen iaitu Frozen 2 tidak pula digemarinya, tengok tak tengok je, tapi kalau filem Frozen memang dia akan menari keliling rumah.
Kami memang gelak sakan terutama apabila tiba masa dia mengusutkan rambutnya meniru gaya Elsa menguraikan ikatan rambutnya.
# Friday, 1 May 2020, 22:40 # 20200501 # VID20200501223943-ANIMATION.gif #
Siapa Elsa?
Rasanya mesti kalian kenal siapa Elsa tapi kalau tak kenal, Tedi selitkan sedikit info mengenai Elsa dalam Frozen:
Elsa dari Arendelle adalah watak fiksyen yang muncul dalam filem animasi ke-53 Walt Disney Animation Studios bertajuk Frozen. Dia disuarakan oleh pelakon dan penyanyi Broadway, Idina Menzel (utama), Eva Bella (kanak-kanak) dan Spencer Ganus (remaja).
Dicipta oleh pengarah Chris Buck dan Jennifer Lee secara longgar berdasarkan watak tajuk "The Snow Queen" sebuah dongeng Denmark oleh Hans Christian Andersen. Dalam adaptasi filem Disney, Elsa diperkenalkan sebagai seorang puteri pewaris takhta dalam kerajaan fiksyen Scandinavia bernama Arandelle dan kakak kepada Puteri Anna.
Elsa mempunyai kemampuan ajaib untuk membuat dan memanipulasi ais dan salji.
Pada asalnya Elsa diciptakan untuk menjadi watak jahat seperti Snow Queen tetapi akhirnya diubah menjadi watak yang dikasihani dan disalahfahami, kerana Elsa bukan mahu menyusahkan orang lain cuma dia tidak mampu mengawal kuasanya. Elsa adalah puteri kedua Disney yang memiliki kuasa selepas Rapunzel.
Majalah Time mentarafkan Elsa sebagai watak rekaan paling berpengaruh pada tahun 2014.
Sumber: Elsa (Frozen) - Wikipedia
Apakah itu Hentakan Elsa?
Mungkin tiada nama sebegitu dalam cerita Frozen tersebut. Hentakan Elsa ni Tedi namakan kepada satu gerakan dilakukan Elsa semasa membina istana ais di atas gunung sambil menyanyikan lagu Let It Go (Lepaskan).
Apa-apa sahaja binaan ais yang Elsa hasilkan menggunakan kuasa magisnya akan rapuh pada asalnya, dan apabila Elsa lakukan satu hentakan dengan kakinya, ais itu akan mengeras dan sangat kukuh seperti binaan kaca.
Hentakan ini kita dapat lihat dalam beberapa keadaan ketika Elsa melarikan diri daripada kerajaannya (Arendelle) setelah kuasanya terlihat oleh rakyat jelata dan para tetamu kerajaannya semasa majlis pertabalannya sebagai permaisuri Kerajaan Arendelle.
Pertama semasa dia terkepung di tepi tasik sebaik sahaja dia melarikan diri, apabila kakinya menghentak permukaan tasik, air membeku seperti kristal membolehkannya lari.
Kedua semasa dia membina jambatan menyeberangi gaung mendaki gunung, jambatan itu kelihatan rapuh tetapi apabila dihentakkan kakinya, jambatan itu menjadi keras kukuh dan sangat halus seninya.
Ketiga semasa dia menyudahkan binaan istana aisnya, dia melakukan hentakan ini menjadikan istananya kukuh dan bagus binaannya.
Tedi tak perasan jika Hentakan Elsa ni ada digunakannya lagi selepas lagu Let It Go ni, tapi itu sahajalah peristiwa yang Tedi perasan.
Jatuh cinta dengan Frozen?
Aina mula jatuh cinta dengan Frozen (atau mungkin sebenarnya obses dengan Elsa) selepas Master memberi dia dengar lagu Let It Go. Mulai saat itu Aina mula nak baju Elsa, kasut Elsa, sikat Elsa, bekas pensil Elsa dan sebagainya.
Hal ini agak membingungkan Master kerana Aina tidak pernah menonton filem Frozen.
Tidak lama kemudian Tedi pun mula terjebak dan mula mengikuti kisah dua beradik Queen Elsa of Arendelle dan Princess Anna of Arendelle.
Mungkin jika Tedi ada masa Tedi akan kongsikan pembacaan Tedi mengenai Frozen kerana ternyata kartun ini punyai sejarah tersendiri.
Kiriman ini diterbitkan pada 20200510.
2 Ulasan
Budak2 perempuan mmg sukakan watak frozen elsa ni hehe
BalasPadamItulah tak berapa nak faham sebab filem Frozen ni dah lama, bukan masa zaman dia, tapi tetap juga lagu Let It Go ni berhantu. Frozen 2 yang baru tu tidak pula dilayannya.
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.