Senarai kek yang pernah Mummy masak untuk kami sekeluarga. Jangan menyampah untuk setiap komen yang dibuat Master kerana Master bukan penggemar kek, jadi bukan senang nak minta Master komen tau.


Kek Coklat Pisang Kluster Kayangan

Tedi rasa Mommy namakan kek ni sebagai Kek Pisang Coklat Kluster Kayangan, tetapi Master letakkan coklat di depan pisang. Sebab apa? Sebab Master tak suka kek pisang.

Kluster Kayangan yang dimaksudkan adalah sekumpulan orang Malaysia yang permintaan mereka tahap "kayangan" semasa dikuarantin sempena kembalinya mereka dari luar negara untuk mengelakkan penyebaran virus Covid-19. Maklum sahajalah mereka ni biasa bersenang-senang, tambahan baru pula baru balik dari bercuti bergembira, tiba-tiba sampai Malaysia kena kuarantin atau kena lalui pemeriksaan kesihatan sempena Covid-19, mereka complaint itu ini, demand itu ini.

Ada di antara mereka pula yang dikuarantin di hotel kemudian jahanamkan harta benda hotel. Tahap kayangan tak boleh dibendung. Perasan diri hebat sangat. Langgar dengan troli pasaraya kang baru tahu langit tu tinggi atau rendah.

Tedi tak pasti jika resepi Kek Coklat Pisang Kluster Kayangan ni memang resepi kek yang dihidangkan kepada kluster kayangan tu? Atau cuma sekadar nama untuk menggambarkan bahan-bahan yang digunakan? Topping-nya sahaja dah meriah dengan kehadiran cip coklat dan badam.

Tak kisahlah, yang penting kek ni boleh dimakan.

Gambar Kek Coklat Pisang Kluster Kayangan
Kek Pisang Coklat Kluster Kayangan. Master tak makan kek yang pelik-pelik sebegini apatah lagi kek berasaskan pisang! Tapi kek yang Mommy buat ni memang wonderful lah. Tak manis sangat rasa coklatnya tu, kemudian ada rasa pahit-pahit sikit, rasa pisang pun tak kuat sangat, kalau kuat sedikit mungkin Master tak jamah dah kek ni. Kemudian ada tekstur daripada benda apa tak tahu ditambah dengan badam. Kek ni tak berat sangat, sesuatu yang Master tak suka pasal kek. Tapi tidaklah ringan sangat. Akhirnya Master dah faham apa yang juri-juri duk ulas dalam pertandingan masakan. # Monday, 11 May 2020, 19:20 # IMG20200511192028.jpg # 20200511 # OPPO Reno2 #

Kek Keju Terbakar (Burnt Cheesecake)

Dimasak 7-8 hari selepas Kek Coklat Pisang Kluster Kayangan sebelum ni. Master cari dalam peti sejuk tengok-tengok dah tinggal 4 ketul. Hahaha. Siapalah yang habiskan kek ni ya?

gambar Burnt Cheesecake (Kek Keju Terbakar) di Malaysia.
Burnt Cheesecake (Kek Keju Terbakar). Saja je Tedi bagi nama terbakar dan bukannya dibakar untuk menunjukkan keju pada Kek Keju Terbakar ini hampir nak hangus tetapi tidaklah hangus, nampak keraknya saja yang macam terbakar. Sedap kek ni walaupun lebih ringan dan kurang tekstur berbanding Kek Coklat Pisang Kluster Kayangan sebelum ini. Tak payah pergi restoran kek Jepun yang Tedi tak ingat namanya tu untuk makan kek keju yang rasanya macam ni. # Tuesday, 19 May 2020, 19:09 # 20200519 # MG20200519190910.jpg # OPPO Reno 2 #

Kek Marjerin / Kek Marble Jelita

Mummy kata kek ni namanya Kek Marjerin namun ada juga orang yang panggil Kek Marble Jelita.

Gambar Kek Marjerin atau Kek Marble Jelita
Kek Marjerin / Kek Marble Jelita. Sebenarnya inilah kek yang Master suka makan asalkan ia kering dan keraknya tebal tetapi kering dan rapuh. Mungkin sebab dulu-dulu Tok Mak selalu masak dalam acuan kuih bakar. # Saturday, 2 May 2020, 20:01 # 20200502 # IMG20200502200121.jpg # OPPO Reno 2 #