Tiba-tiba sahaja seorang ejen memaklumkan kepada Tedi bahawa ada page yang perlahan sama ada pada paparan atas telefon pintar ataupun paparan atas meja (desktop).
Perkara ini amat menggusarkan Tedi, apakah perubahan yang telah Tedi lakukan sehinggakan ada laporan interpretZZ kini perlahan?
Ada?
Tak ada!
Ada tak?
Tak ada!
setelah puas menyoal diri sendiri akhirnya Tedi berpuas hati dengan jawapan yang Tedi berikan. Tiada perubahan yang Tedi lakukan!
Mustahil akan berubah jika tiada tangan yang mengubahnya!
Itulah pesan Master kerana sudah banyak kali dia melakukan kesilapan apabila dia menyangka dirinya tidak mengubah apa-apa sedangkan perubahan walau sekecil mana pun bisa memberikan impak yang besar kepada dunianya.
Tedi pun mengkaji dan mengkaji.
Sehinggakan Tedi unfollow mana-mana bloglist yang sudah berhabuk tidak dikemaskini. Mungkin bloglist itu adalah punca?
Tetapi Tedi tak rasa macam tu...
Akhirnya Tedi menemui ada sesuatu berbau ikan. Ejen melaporkan ada source googleusercontent yang tidak konsisten. Tedi segera menuruti ejen itu dan memeriksa kod sumber!
Pelik.
Tedi dah cari tak jumpa pun kata kunci googleusercontent tu dalam kod sumber. Apakah masalahnya?
Seorang ejen lagi berkata, saiz gambar telah memperlahankan interpretZZ.
Tedi semak dan imbang saiz gambar pada laman yang dilaporkan itu, ternyata tiada masalah.
Sehinggalah Tedi perasan sesuatu... gambar itu pada widget seperti link within, ia akan paparkan laman yang relevan untuk dibaca kepada pengunjung interpretZZ.
Okay, sekarang Tedi dah tau.
Masalahnya ialah gambar itu dikatakan menggunakan URL yang berbeza mungkin dinamik. Maka Tedi perlu gantikan dengan gambar yang sumbernya statik.
Adakah kerana gambar itu daripada Google Photos? Tedi akan semak nanti.
Dikarang pada 20200527, karangan ini adalah mengenai masalah blog yang perlahan apabila dibuka sama ada menggunakan komputer riba atau mobile (telefon pintar ataupun tablet). Sehingga jam 15:39 Tedi belum menemui punca masalah dan cara membaikinya, tapi sudah ada idea apakah punca kepada fenomena tersebut.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.