بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Hemnes Ke-2
Buat kali kedua Master berjaya menyiapkan projek memasang rak kasut siri Hemnes keluaran IKEA.
Rak kasut IKEA Hemnes ni diletakkan di laluan di tingkat atas. Ia akan digunakan bukan sebagai rak kasut sebaliknya Mummy bercadang nak simpan tuala di dalam sana.
Tedi menggemari rekaan rak kasut Hemnes ni cuma masalahnya ia hanya ada 2 kaki, dan ia perlu diikat ke dinding menggunakan skru, bermakna kita perlu menebuk lubang pada dinding.
Ia bukanlah susah, tapi sayang wallpaper yang dipasang pada dinding itu.
Jadi jika merancang untuk gunakannya buat masa yang panjang, ia mungkin berbaloi.
Ada orang kata rak kasut siri Hemnes dari IKEA ni mudah rosak kerana tempat simpan kasut tu diperbuat daripada plastik.
Mungkin ya sebab rekaannya adalah sebagai rak kasut dan kita yang memandai-mandai gunakannya untuk tujuan lain. Sendiri guna sendiri tanggung lah ye.
Rak kasut IKEA siri HEMNES ni tidak terlalu dalam menjadikannya sesuai untuk diletakkan di ruang sempit.
20200530. Catatan mengenai pemasangan rak kasut Hemnes di tingkat dua.
2 Ulasan
RAJIN DIY BAIKI SEDIKIT INSYAA ALLAH TAHAN LAMA RAK KASUT TU
BalasPadamerm nak DIY baiki tu kena cari spare part kalau ada dijual berasingan.
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.