Sesuai dengan namanya tempat pelancongan ini adalah sebuah muzium yang menghidangkan maklumat mengenai Minangkabau di Padang. di kompleks ini kita boleh tengok beberapa bangunan seperti yang ada pada kompleks bangunan Minangkabau pada suatu masa dahulu.

Sesiapa yang berminat dengan muzium pasti berasa amat berbaloi mengunjungi tempat ini. Bagi yang tidak suka muzium, rasanya baik juga kalian singgah di sini dah alang-alang sampai, ye tak?

Pintu Gerbang

Gambar pintu gerbang Kompleks PDIKM
Gambar pintu gerbang koplek PDIKM yang menyambut ketibaan kami pada hari pertama kami di Padang. # Teks: Selamat Datang di Komplek PDIKM # Gambar: Pintu gerbang # Kamera: Canon DIGITAL IXUS 80 IS # Bila: 2014-01-23-1103 # 20140123 terbang ke Padang (74).JPG #

 

Tiket

gambar tiket masuk ke Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau di Padang Panjang di Indonesia
Tiket yang kami gunakan untuk memasuki Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau (PDIKM) pada 20140123. Pemerintah Kota Padang Panjang. Tiket dewasa Pusat Dokumentasi, Informasi, Kebudayaan Minangkabau (PDIKM). Seri D No. 0001632. Retribusi Tempat Rekreasi dan Olah Raga. Pusat Dokumentasi Informasi Kebudayaan Minangkabau (PDIKM). Perda No. 2 Tahun 2011 Tgl. 15 Juni 2011 Tentang Retribusi Jasa Usaha. Dewasa Rp. 4.000,- (empat ribu rupiah) # Friday, 1 May 2020, 00:02 # IMG_20200501_000236_HDR # 20200501 # Telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A #

 

Rumah Gadang PDIKM 2008

Gadang ni kalau ikut bahasa Negeri Sembilan mungkin disebut "gedang" yang bermaksud besar, cuma orang Negeri Sembilan sebut "godang". Mungkin di Terengganu pun Tedi pernah dengar orang guna perkataan gedang ni.

Gambar Rumah Gadang PDIKM Padang Panjang pada tahun 2008
Rumah Gadang PDIKM Padang Panjang. Foto tahun 2008. # Thursday, 23 January 2014, 10:23 # 20140123 # 20140123 terbang ke Padang (87).JPG # Canon Canon EOS 500D # Komplek PDIKM, Silaing Bawah, Kec. Padang Panjang Bar., Kota Padang Panjang, Sumatera Barat 27118, Indonesia #

 

Cap Pagarruyung (Pagar Ruyung)

Pagar Ruyung ni kalau tak silap Tedi lah nama kerajaan lama di Indonesia. Mungkin kerajaan Melaka juga ada kena mengena dengan kerajaan Pagar Ruyung? Yang Tedi tahu kerajaan Minangkabau ada 2 iaitu yang amalkan adat Temenggong dan adat Perpatih.

Warisan amalan adat Perpatih boleh dilihat di Negeri Sembilan, manakala kerajaan-kerajaan Melayu lain di Malaysia amalkan adat Temenggung. Mengikut kisah yang Tedi tahu 2 adat ni adalah daripada 2 kerajaan adik-beradik kerajaan Minangkabau ni, satu terletak di pedalaman, manakala satu terletak di kawasan pantai.

Tapi semasa pengembaraan kami, lebih banyak di kawasan pedalaman atau daratan, kalau kawasan laut di kota Padang tu ha yang berpuluh kilometer jauhnya. Kalau betullah pengetahuan Tedi tu, maka luas benar kerajaan Minangkabau ni. 

gambar cap Pagarruyung atau Pagaruyung atau Pagar Ruyung.
Cap Pagarruyung (Pagar Ruyung). Puas Tedi membacanya namun tak faham. Tedi rasa ni Bahasa Arab ataupun tulisan jawi. # Thursday, 23 January 2014, 10:29 # 20140123 # 20140123 terbang ke Padang (96).JPG # Canon Canon EOS 500D #

Rangkiang

Gambar Rangkiang iaitu rumah tempat simpan hasil tani setempat bagi komuniti Minangkabau.
Gambar rumah tempat menyimpan padi di kawasan halaman Rumah Gadang. Tedi tak pasti namanya, tetapi mengikut Google ia dinamakan Rangkiang. Selalunya ada 2 buah rumah sebegini di kiri dan kanan Rumah Gadang. Rangkiang ni mungkin bukan sahaja tempat simpan padi malahan mungkin menyimpan hasil lain. Ini bermakna Rangkiang di Rumah Gadang adalah tempat pengumpulan berpusat hasil padi bagi sesuatu komuniti Minangkabau. Pada masa kini Rangkiang sudah tidak berfungsi kerana para petani lebih selesa menyimpan hasil tani di rumah mereka sendiri. # Thursday, 23 January 2014, 10:58 # 20140123 # 20140123 terbang ke Padang (133)-EFFECTS.jpg # Canon Canon EOS 500D #

 

Panorama di sekitar PDIKM melalui Streetview

Nah Tedi kongsikan macam mana suasana di sekitar PDIKM.