بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Kahak yang terkumpul, iaitu lendir tebal yang dihasilkan oleh paru-paru bayi dan saluran pernafasan atas boleh sangat mengganggu bayi.
Ada beberapa punca penghasilan kahak yang banyak seperti:
- jangkitan kuman pada saluran pernafasan,
- radang,
- penyakit paru-paru, dan
- cystic fibrosis
Menurut Pusat Perubatan Universiti Maryland, sediaan bawang putih mungkin boleh membantu membuang kahak dan membantu penyembuhan segera.
Apa-apa pun pastikan kita merujuk kepada doktor dan pakar perubatan sebelum beri apa-apa sediaan herba kepada bayi.
Sedikit Sejarah Mengenai Bawang Putih
Bawang putih mempunyai sejarah panjang dalam penggunaan sebagai bahan perubatan pada masa silam, bermula di Asia, Mesir, dan Greece.
Di Mesir dan Greece ia terkenal di kalangan buruh sebagai bahan yang memberikan kekuatan dan tenaga.
Di China ia digunakan sebagai bahan perubatan untuk membantu sistem penghadaman, termasuklah masalah jangkitan cacing, dan cirit-birit. Pengamal perubatan China juga memasukkan bawang putih sebagai rawatan masalah pernafasan.
Bawang putih digunakan di Amerika Syarikat pada kurun ke-19 sebagai expectorant, peransang, dan tonik.
Menyusukan Bayi
Bagi bayi yang menyusu badan, cara paling mudah untuk beri khasiat antibakteria dan expectorant daripada bawang putih adalah dengan memakan supplement bawang putih sebelum anda menyusukan bayi.
Kesan yang sama boleh diperolehi dengan memasukkan beberapa titis pati bawang putih ke dalam susu formula bayi.
University of Maryland Medical Center, UMMC, melaporkan bahawa bawang putih mengurangkan penghasilan kahak dan kurangkan pengulangan dan tempoh selsema.
"Pediatric Research" turut menyatakan bayi akan menyusu lebih lama jika ibu mengambil bawang putih.
Titisan Hidung Bawang Putih
Semburan hidung adalah cara lain untuk membantu pernafasan bayi anda, membersihkan lendir dari saluran hidung dan membuka saluran pernafasannya.
Hancurkan bawang putih segar untuk menghasilkan jus dan kemudian cairkan dengan 10 bahagian air.
Gunakan penitis hidung untuk mengalirkan jus tadi secara perlahan-perlahan ke dalam saluran hidung.
Campuran bawang putih ini bukan sahaja dapat membantu melegakan saluran pernafasan bayi anda, tetapi juga berfungsi sebagai dos antibiotik dan antivirus spektrum luas, menurut laporan "Medical Herbalism."
20180321
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.