Game of Khans adalah permainan video yang boleh dimainkan dalam telefon pintar dengan memuatturun aplikasi Game of Khans.

Permainan mobile ini berlatarbelakangkan perjuangan bangsa Monggol, tetapi kesemua watak dalam permainan mobile ini adalah rekaan semata-mata.

Jika kawan-kawan buta sejarah, Genghis Khan adalah tokoh terkenal dalam peluasan empayar Monggol sehingga dibina satu patung gergasi untuk merakam kegemilangan Genghis Khan ini.

Gambar watak beberapa penasihat dalam permainan Game of Khans
Game of Khans - Inspire your people, Rule with wisdom.

 

Affinity buat Advisors dalam Game of Khans

Affinity adalah satu sistem di mana para Advisors (penasihat) akan menerima kuasa tambahan, selalunya apabila pemain berjaya mengumpulkan koleksi Advisors mengikut bakat masing-masing.

Sebagai contoh jika pemain mengumpulkan koleksi 5 orang Advisors dari kumpulan Fierce Warriors dan mencecah tahap Affinity 5 bintang (jumlah bintang keseluruhan bagi semua advisor), pemain akan mendapat peningkatan Power (kuasa) sebanyak 3%.

Tidak perlu kumpulkan kesemua advisor, katakan cuma ada saeorang advisor berbintang 5, maka pemain akan menikmati bonus yang sama.

 

Bagaimana memperolehi permaisuri?

Kita boleh menemui permaisuri di Pasar Bunga, hadiah apabila mencapai tahap Kedaulatan tertentu, dari ganjaran login, dan tahap VIP.

Sebilangan besar permaisuri dalam Game of Khans dapat ditemui di Pasar Bunga, di mana para pemain perlu memikat hati mereka

 

Gifts buat Consort dalam Game of Khans

Senarai hadiah yang akan memberikan 3+ charms kepada consort. Tedi tak pasti, tapi pada masa ini kelihatan seolah-olah seorang consort hanya ada satu hadiah kegemaran.

Mengikut pemerhatian Tedi hadiah yang sesuai ialah hadiah yang kita dapat semasa siapkan semua misi tu.

  1. Bell Bracelet: Orai,
  2. Blanket: Arah,
  3. Cosmetics: Hana,
  4. Crystal Ball: Saiha,
  5. Fine Dress: Dafina,
  6. Handkerchief: Hana,
  7. Headdress:
  8. Horse Tack: Ulbaina,
  9. Kobyz: Shalia,
  10. Mini Orrery: Yeong Hee,
  11. Mittens: Yenka,
  12. Oil Paints: Otchi,
  13. Pipa:
  14. Silk Scarf: Zeyduna,
  15. Snow Globe: Saiha,
  16. Statuette: Bortei,

Penting untuk menaikkan level consort ni sebab mereka akan membantu menaikkan level advisor kita.

 

Menyertai Horde

Salah satu masalah dalam Game of Khans ini adalah untuk menyertai Horde. Horde ni macam klan untuk pemain lah.

Horde adalah perkataan Bahasa Inggeris yang bermaksud ramai, banyak, tidak terkira banyaknya, dan gerombolan menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan.

Tedi berjaya sertai Horde dengan mencari senarai Horde yang kekurangan pemain dan bertaraf rendah sebelum hantar permintaan untuk sertai (join) horde tersebut.

 

Penasihat terbaik Game of Khans

Penasihat adalah watak utama dalam Game of Khans yang membantu anda melawan bos dan pemain lain dalam mod arena. Juga, kekuatan kolektif mereka mempengaruhi kekuatan Khan / kerajaan - kedaulatan. Penasihat dikelaskan kepada empat kelas yang berbeza; pejuang, peniaga, pemburu, dan mentor.

Penasihat Emas pertama yang anda akan dapat ialah Khuba. Apabila anda mendapat undian pendua pada panggilan, anda akan mendapat token yang boleh digunakan untuk meningkatkan tahap Bintang Penasihat yang sesuai. Sebagai alternatif anda boleh menukar token untuk token generik yang boleh digunakan pada Penasihat peringkat lebih tinggi.

 

 

Diterbitkan pada 20200706, kiriman ini adalah rakaman pengalaman bermain Game of Khans.