بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Tedi agak kecewa dengan prestasi beberapa kedai makan yang diusahakan orang Melayu yang Mommy dan Master lawati sebelum ini.
Kandungan: Menu Makanan Tidak Sesuai | Tandas | Promosi | Makanan tak sedap | Kualiti Masakan Tidak Konsisten | Muka Masam Macam Layan Pengemis
Menu Makanan Tidak Sesuai
- Tidak menyediakan menu sebagai panduan, sebaliknya hanya cakap mulut sahaja.
- Hal ini menyusahkan pelanggan. Walaupun mungkin apa yang mereka nak makan itu biasa-biasa sahaja seperti Nasi Goreng Kampung tapi menu tetap perlu ada untuk memberi pilihan kepada para pelanggan.
- Menu juga boleh menjadi satu bentuk promosi. Letakkan gambar dan nama yang menarik mungkin boleh menarik minat pelanggan untuk mencuba. Pelanggan mungkin akan tangkap gambar menu tu dan dikongsikan dalam media sosial.
- Menu makanan juga membolehkan pelanggan membuat perbandingan harga dan memesan hidangan yang bersesuaian dengan poket mereka.
- Tedi tak fahamlah kenapa kedai makan tak nak sediakan menu makanan yang mereka jual.
- Menu yang uzur, basah dan berbau.
- Ini menunjukkan kepada pelanggan macam mana mentaliti kebersihan yang ada pada pengusaha kedai makan.
- Bau yang busuk pada menu, terutama yang versi laminated, mengganggu selera pelanggan.
- Menu yang basah, nak pegang pun geli, yekkk.
Tandas
- Tandas tidak bersih.
- Selain tempat menjamu selera, kedai makan juga mungkin menjadi tempat berhenti setelah lama dalam kereta. Ketika ini pilihan kedai makan dengan kemudahan tandas yang bagus mungkin akan menjadi perhatian.
- Tandas juga menunjukkan mentaliti kebersihan pengusaha kedai makan.
- Tandas yang tidak bersih sudah tentu akan menjejaskan selera pelanggan sebaik sahaja memasukinya. Macam mana nak ada selera kalau keadaan tandas meloyakan.
Promosi
- Malas iklankan kedai makan yang baru dibuka
- Ini adalah kelemahan utama para pengusaha kedai makan Melayu.
- Mereka harap dengan pacak tiang kedai makan, letak papan tanda kedai makan pada kedai, letak lampu lip-lap atau kalimantang warna-warni sudah mencukupi.
- Itu adalah naif atau lurus bendul atau malas nak belajar.
- Apa salahnya fotostat pamplet atas kertas A4 yang mengiklankan kewujudan kedai lepas tu letaklah pada kereta-kereta. Potong kecil-kecil pun tidak mengapa.
- Lepas tu usahakan untuk senaraikan kedai makan tu dalam Google Map. Kalau tidak tahu minta tolong pada yang tahu.
- Ada kedai makan yang tak jauh daripada Cyberjaya, tapi sebab tak promosi, berapa kerat sahaja yang datang.
- Tak letak papan tanda di tepi jalan
- Apa salahnya letak papan tanda di tepi jalan yang menunjukkan kedudukan kedai?
- Letaklah dalam 2, 3 papan tanda. Kerana bagi Tedi minimum 3 papan tanda diperlukan untuk membantu pemandu membuat keputusan.
- Papan tanda 1 contohnya pada jarak 2 kilometer, memberitahu ada kedai makan.
- Papan tanda 2 pada jarak 1 kilometer ingatkan kedai makan dah dekat.
- Papan tanda 3 tunjukkan arah kedai makan. Selepas 2 papan tanda sebelum ini, mustahil untuk pemandu terlajak atau terlepas kedai makan.
Makanan tak sedap
- Ini satu permasalahan yang sampai sekarang Tedi tak dapat nak faham sampai sekarang.
- Buka kedai makan setakat untuk berniaga sehinggakan kadangkala makanan tu tak boleh nak ditelan? Tak faham Tedi dengan mentaliti pengusaha kedai makan yang seperti ini.
- Bukankah hal sebegini akan merugikan mereka?
- Tapi kurang-kurang pun pengusaha kedai makan ini ada semangat untuk berniaga walaupun nampak macam hanya melepaskan batuk di tepi tangga.
Kualiti Masakan Tidak Konsisten
- Ini adalah satu masalah yang kerap juga menghantui kami. Pergi ke kedai makan yang sama, pesan makanan yang sama, tapi rasanya atau kualitinya tidak sama.
- Mungkin masalah ini wujud kerana ada lebih daripada seorang tukang masak.
- Para pengusaha kedai makan perlu ambil inisiatif dengan memperkenalkan resepi dan sukatan yang mengikut piawaian tertentu. Kemudian pastikan bahawa semua tukang masak di kedai makan tersebut mengikut sukatan yang sama. Ini bukan sahaja menghasilkan masakan yang konsisten, tetapi mungkin sahaja mempercepatkan proses memasak.
- Mungkin para pengusaha kedai makan boleh meniru bagaimana sistem yang digunakan di restoran makanan segera dalam menyiapkan hidangan mereka.
Muka Masam Macam Layan Pengemis
- Ini juga satu masalah yang sukar difahami.
- Kamu buka kedai makan tetapi layan tetamu dengan muka masam.
- Adakah ada masalah dalam perniagaan? Itu Tedi tak peduli. Kami pelanggan harus dilayan dengan bagus, kerana kami yang akan membayar harga makanan yang kami pesan di kedai makan kamu.
Karangan ini telah diterbitkan buat pertama kali pada 20200630 adalah komen Tedi mengenai kesilapan yang sering dilakukan oleh para pengusaha kedai makan berbangsa Melayu. semoga dengan komentar ini akan membuka mata sesiapa sahaja pengusaha kedai makan agar tidak diulangi kesilapan yang sama. Ini adalah komen jujur dan tidak berlandaskan emosi sebaliknya dengan harapan dapat melihat bangsa Melayu berjaya dalam perusahaan kedai makan.
4 Ulasan
betul tu semua yg teddi laporkan.
BalasPadamtq. ini hanya pendapat peribadi sahaja mana tau ada pengusaha kedai makan yang sudi membaca dan menerimanya.
PadamSetuju semua, terutama muka masam tu. Ada sekali saya pergi, kedai dia belum buka. Buka pukul 8am katanya. Saya pergi tu 7.50am. Jadi boleh nampak dia marah2 hentak2 senduk periuk semua sebab saya dah sampai hahaha
BalasPadammacam saya nak minta sedekah pulak, sedangkan kita nak bagi dia duit ni
itu satu masalah yang tidak masuk dek akal kan? kenapa nak masam muka?
Padamjemput pelanggan duduk, jelaskan kepada pelanggan kedai makan mereka belum dibuka dan mungkin ambil masa lama untuk persediaan.
jika pelanggan tu tidak sanggup menunggu dan memilih untuk cari kedai makan lain maka silakan. mungkin masa lain mereka akan datang semula kerana kemesraan yang ditunjukkan.
jika pelanggan memilih untuk menunggu, maka sediakanlah dulu air minuman supaya pelanggan tu boleh menghilangkan dahaga dan alas perut mereka.
kenapa nak masam muka dengan pelanggan? adakah pengusaha kedai makan tersebut sudah hilang akal?
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.